Rupanya ini asal usul simbol yang ada depan kedai potong rambut ramai tak tahu

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Apabila melihatnya, kebanyakan kedai gunting akan meletakkan objek silinder berwarna biru, putih, dan merah yang berputar di tepi pintu masuk kedai.

Objek ini digunakan secara meluas di kebanyakan negara di seluruh dunia, tanpa mengira di negara barat atau Asia.

Objek tersebut terdiri daripada tiga komponen utama iaitu tiang silinder, warna, dan penutup silinder yang menyerupai mangkuk pada penghujung tiang.

Apakah sebenarnya maksud di sebalik alat simbolik tersebut? Mengapa ia digunakan secara meluas sehingga hari ini?

Jawapannya bermula sejak ratusan tahun dahulu ketika Zaman Pertengahan.

Rupanya ini asal usul simbol yang ada depan kedai potong rambut ramai tak tahu

Beberapa tahun lalu, tukang gunting tidak hanya menguruskan rambut dan janggut, tetapi mereka juga bertindak sebagai pakar bedah dan doktor gigi.

Mereka memberikan perkhidmatan kepada golongan miskin yang tidak mampu untuk berjumpa dengan doktor. Kerana penjagaan kesihatan pada masa itu tidak secanggih sekarang, prosedur-prosedur perubatan seperti pembedahan membawa risiko yang tinggi.

Prosedur Bloodletting

Prosedur pengeluaran darah dari pesakit, yang dikenali sebagai bloodletting, merupakan amalan yang dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dan meningkatkan sistem imun individu. Amalan ini dikatakan memiliki persamaan dengan bekam.

Tiada kaitan dengan kedai gunting, namun pihak tertentu percaya bahawa tiang yang digunakan dalam simbolik kedai gunting berasal daripada tempat yang pesakit pegang semasa prosedur bloodletting.

Ada yang berpendapat bahawa tiang itu digenggam untuk menonjolkan urat, memudahkan tukang gunting menebuk saluran darah semasa prosedur tersebut.

‘Penutup’ pada penghujung tiang melambangkan besen yang digunakan untuk menampung darah semasa prosedur.

Selepas prosedur bloodletting, kain pembalut yang digunakan untuk menghentikan pendarahan akan digantung pada tiang untuk dikeringkan, dan apabila ditiup angin, kain tersebut melilit tiang, membentuk simbolik kedai gunting yang kita kenali hari ini.

Warna merah pada kain putih melambangkan darah, manakala biru melambangkan warna urat pesakit.

BACA: “Aku bukan sengaja, aku kerap screenshot gambar suami kawan simpan dalam fon, dan akan berfantasikan suami kawan”