Rupa sebenar pemimpin Pas kini terdedah

Rupa sebenar pemimpin Pas kini terdedah

Rakyat, pengundi Pas dan ahli-ahli Pas dapat melihat rupa sebenar pemimpin Pas setelah Pas bersama Perikatan Nasional menjadi kerajaan memerintah negara.

Naib Presiden AMANAH, Dato’ Wira Mahfuz Omar berkata, ahli-ahli Pas dapat menilai kedudukan mereka dalam Pas yang selama telah dibohongi dan diperbodohkan oleh pemimpin Pas.

“ Hari ini, semua yang dituduh kepada AMANAH sudah terjawab. Kita wujudkan AMANAH kerana tidak bersetuju dengan pimpinan Pas yang mula rapat dengan Umno .

“ Ahli Pas tidak percaya, tapi hari ini , ahli-ahli Pas peringkat akar umbi sudah boleh melihat gelagat pemimpin Pas bersama-sama Umno yang kleptokrat” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Tahunan AMANAH Kawasan Parit Buntar kali ke 4, di sini.

Mesyuarat Tahunan AMANAH Kawasan Parit Buntar kali ke 4 ini telah dihadiri 205 orang perwakilan yang melibatkan 42 cawangan di Parit Buntar

Turut hadir ialah Naib Pengerusi AMANAH Perak, Dr Ahmad Termizi Ramli.

Naib Presiden AMANAH yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, ramai ahli-ahli Pas sekarang sudah sedar dan mula meninggalkan Pas apabila mengetahui mereka selama ini dibohongi pemimpin Pas

“ Kita perlu turun ke bawah bertemu dengan rakyat , bertemu dengan ahli Pas memberi penerangan bahawa kita dokongi politik jujur dan tidak berselindung

“ Kalau dulu kita juga berada dalam Pas boleh tinggalkan pas, apa masalahnya , ahli pas sekarang yang sudah sedar untuk meninggalkan Pas yang hari ini sudah sanggup guna lambang dacing” katanya

Sementara itu, Setiausaha AMANAH Parit Buntar, Ahmad Firdaus Muhammad ketika ditemui berkata, AMANAH Kawasan Parit Buntar bertekad untuk meneruskan usaha menambah keahlian dan cawangan parti itu.

“ Jika dulu , kita berusaha menubuhkan cawangan di setiap Daerah Mengundi. Selepas mesyuarat tahunan ini, kita akan memasuki tahap menambah cawangan parti ke peringkat lokaliti

“ kehadiran 205 perwakilan pada hari ini, menunjukkan AMANAH Kawasan Parit Buntar kini mempunyai kekuatan akar umbi yang mampu menjadi jentera pilihanraya pada PRU 15” katanya