Rundingan terus : Zuraida, berhentilah menipu – Prabakaran

Rundingan terus : Zuraida, berhentilah menipu – Prabakaran

Mustahil Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin tidak mengetahui status rundingan terus projek sisa pepejal di Taman Beringin, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran mendakwa, Zuraida ada melawat projek tersebut dan dimuat naik di Facebooknya pada 10 Disember tahun lalu.

“Zuraida, berhenti menipu,” katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Prabakaran berkata, beliau akan menyerahkan semua bukti kepada SPRM untuk disiasat.

Prabakaran turut mempersoalkan individu yang mendapat keuntungan sebanyak RM50 juta.

“Dalam laporan akhbar menyatakan projek tersebut RM120 juta tetapi apabila senarai syarikat yang mendapat projek itu dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), ia meningkat kepada RM170 juta.

“Ada orang yang ambil RM50 juta. Ini duit rakyat,” katanya.

Jumaat lalu, Zuraida berkata, pihaknya tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua projek di bawah kementeriannya yang didakwa dibuat secara rundingan terus.

Sebaliknya, beliau mendakwa kedua-dua projek tersebut dibuat menerusi MOF yang dicadangkan oleh Menteri ketika itu, Lim Guan Eng.

Isu projek rundingan terus terbongkar apabila Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat mendedahkan sebanyak 101 projek yang bernilai RM6.61bilion dijalankan ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara selama 22 bulan.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/99339/BERITA/Nasional/Mustahil-Zuraida-tidak-tahu-Prabakaran

COMMENTS