Rundingan kerusi PH berjalan lancar, penuh harmoni – Adly

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata rundingan pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka telah selesai 90%.

Menurut laporan Bernama, perkara itu telah disahkan Adly melalui aplikasi WhatsApp hari ini dan pembahagian kerusi itu akan dimuktamadkan dalam minggu ini.

Rundingan kerusi PH berjalan lancar, penuh harmoni - Adly

Adly Zahari berkata, rundingan agihan kerusi PH Melaka sudah selesai 90% dan sepakat hanya satu calon diketengahkan.

Ketika ditanya mengenai calon Ketua Menteri yang akan diketengahkan PH, Adly hanya berkata: “Dapatkan majoriti dahulu”.

PH terbuka untuk mengadakan perbincangan dan rundingan bersama Parti MUDA seperti yang dimaklumkan Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.

“PH sedia buka pintu perbincangan supaya pembangkang boleh sepakat dan mempunyai satu calon sahaja,” katanya.

Syed Saddiq hari ini dilapor berkata MUDA berhasrat bertanding dan kini berunding dengan PH bagi meletakkan calon MUDA pada PRN berkenaan.

BACA JUGA : Jenama biskut terkenal Malaysia punca kanser? Ini penjelasan KKM
Sasterawan Negara, Datuk Ahmad Kamal Abdullah meninggal dunia

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] Rundingan kerusi PH berjalan lancar, penuh harmoni – Adly […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Rundingan kerusi PH berjalan lancar, penuh harmoni – Adly […]