Rumah kanvas, kisah keluarga ini sangat meruntun jiwa

Rumah kanvas, kisah keluarga ini sangat meruntun jiwa

Nuar tinggal di sebuah rumah kanvas yang sangat dhaif bersama isteri dan tiga orang anaknya di Kampung Bersia Lama, Gerik. Rumah yang beliau dirikan itu menumpang dinding rumah emak mertuanya, Opah Jah.
.
Opah Jah juga hidup dalam serba kedhaifan. Beliau menjaga ibu mertuanya berumur lebih 100 tahun. Opah jah juga menjaga seorang anaknya yang OKU dan seorang cucu.
.
Nuar adalah seorang tukang urut, dengan hasil yang tidak seberapa itulah beliau menyara anak dan isterinya. Nuar baru sahaja sembuh setelah lama terlantar akibat terjatuh ketika memanjat pokok kelapa. Beliau hilang punca pendapatan kerana tidak mampu keluar mengambil upah mengurut kerana kecederaan kakinya agak parah.
.
Rumah kanvas yang beliau dirikan itu tiada bilik, hanya ada kelambu yang didirikan sebagai tempat mereka melelapkan mata. Tandas rumah keluarga tersebut hanya berdindingkan kanvas dan tiada bumbung. Rumah tersebut menumpang rizab tanah sebuah pihak, mereka berisiko untuk diusir pada bila-bila masa.
.
Akibat wabak Covid19, keluarga ini tiada punca pendapatan. Mereka juga sudah kehabisan stok makanan. Kehadiran Serantau Muslim sangat menggembirakan mereka sekeluarga. Nuar kata, sudah lama keluarganya tidak menikmati kelengkapan makanan seperti itu. Beliau syukur dengan sumbangan yang diberikan. Nuar mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang Serantau Muslim.