Aku Zati. Belajar tinggi dan suri rumah sepenuh masa. Telah berkahwin selama 5 tahun. 9 tahun perkenalan dan masih tak kenal siapa suami aku
Aku anak bongsu. Bukan angkat bakul, tapi aku memang bijak dari adik beradik lain dari kecil, tapi akulah yang selalu diabai.
Belajar jauh sorang diri bawa diri. Keluarga tak pernah hantar, tak pernah datang apa lagi bertanya khabar.
Kirim duit perlu merayu macam minta sedekah dari abah dan kakak – kakak. Tapi aku pandai jaga diri. Aku cari duit sendiri, jadi kuIi keluarga kaya. Ke hulu ke hilir macam bibik.
Tolong lipat baju, tolong jaga anak, kadang – kadang tolong masak. Ada juga pernah tolong jadi bodyguard anak perempuan dia clubbing. Dunia alim aku masuk, dunia hitam pun aku pernah masuk. Bukan buka aib, tapi aku lebih selesa hidup sederhana.
Masih ingat tuhan, tapi aku juga manusia yang ada masa suka muzik bingit. Hidup aku macam drama petang – petang. Tapi ini lah yang aku hadap. Tahun akhir duduk tempat orang nak berjalan tak ada kereta. Dari sini aku kenal suami.
Dia buat servis sewa kereta. Awal – awal aku tak suka. Bukan aku je yang dia cuba tackle. Kawan aku pun dia tackle. Kantoi masa dating, aku datang bulan, dia minta aku jaga beg dia nak solat. Tapi aku b0doh, percaya dia akan berubah.
Lepas g4duh, kawan balik, g4duh, kawan, akhirnya aku dah penat kalau serius pergi jumpa abah. Dia datang beraya bawa umi abah dia. Aku dapat vibe yang umi dia tak suka aku. Tapi aku diamkan. Tup tap tup tap. Hati dan otak aku kosong.
Follow the flow, kami nikah. Semua bermula dari awal bincang duit hantaran. Abah mama tak minta tinggi pun, standard 15K. Tapi abah suami minta 8K, mama last kata nak 10K. Terasa macam diri ni kena jual haha. Dan semua pun setuju.
10K tu juga aku guna untuk majlis. Mama abah tak keluar duit 1 sen pun. Mana yang yang ada semampu, begitu je lah. Tapi aku bangga dengan diri aku sebab masih dapat atur semua sorang sorang dan majlis nampak mahal.
Sedih juga, waktu akak akak, aku lah ketua rewang, aku lah paling sibuk. Tapi bila waktu aku, semua senyap, alasan ada anak, alasan mengandung. Sebenarnya dari beberapa hari sebelum nikah kami berg4duh, aku minta untuk batalkan majlis tapi suami tetap nak teruskan.
Teruskan majlis akad. Ikut suami dan bermulalah dunia dalam sangkar aku.Aku grad mama abah tak datang. Bertemankan suami tapi tak ada gambar, tak ada bunga dan selepas berg4duh besar juga. Nasib duit baki simpanan aku bayar kos convo package gambar.
Dan gambar dari pensyarah aku yang seronok tengok aku grad. Ye, aku pelajar cemerlang kesayangan pensyarah tapi bukan dekan. Balik convo masih berg4duh dengan suami. Aku sejukkan hati makan kfc sorang diri. Minta kerja sana sini kena palau sebab nak ‘anak negeri’. Aku sambung belajar lagi.
Grad lagi dengan suami. Dan makan kfc lagi sorang diri. Minta kerja lagi, lulus ujian, datang temuduga 4x dan masih gagal atas alasan sama, bukan ‘anak negeri’. Dapat petronas, aku b0doh pergi tolak sebab tak nak pjj dengan suami.
Dapat kerja biasa pulak, suami perlekeh cakap leceh buat penat. Aku termakan kata – kata suami. Diam dan menganggur. Hari aku tulis cerita ni, kami baru balik mahkamah syariah siang tadi dan mata aku masih bengkak. Maaf kalau cerita agak berterabur.
Aku cuma cuba cari helah nak kawal marah dan sedih aku dengan menaip. Setelah berbulan aku pujuk suami ke mahkamah, baru tadi dia setuju untuk pergi. Lepas aku jumpa mesej kotor dia dengan kawan lama dia masa study.
Sebelum ni aku pergi sorang diri. Mama abah dan keluarga aku tak tahu. Aku kira diorang tak nak ambil tahu atau diorang ingat aku baik baik je masih bernafas. Sebab aku tak pernah tunjuk aku ada masalah. Walaupun aku tak bekerja, tiap bulan makanan asas rumah mama abah aku hantar dengan foodpanda. Diorang ingat aku bekerja, berduit.
Pernah juga abah minta belikan kereta sebab aku nampak mewah. Tapi aku diamkan. Whatsapp kami hanya berbalas terima kasih tanpa tanya keadaan aku. Yang tahu tentang rumah tangga aku, hanya keluarga suami. Aku minta maaf jika cerita cerita seterusnya agak liar. Bukan membuka aib.
Tapi aku cuma cari kekuatan berjuang sendiri dan mencari mana lagi silap aku untuk aku terima kenyataan semua ni aku lah yang salah. Sebab dari kecil aku sentiasa jadi pesalah dan orang lain semua cukup sempurna dekat mata keluarga walaupun aku tahu hakik4t sebenarnya apa.
Selepas nikah majlis beIah aku, kami masih canggung. Aku cakap sabar, tunggu nanti dekat rumah sendiri. Sambung seminggu depan majlis belah suami pula. Kat sini aku dah nampakkan sisi buruk aku depan umi abah.
Aku meng4muk dalam bilik lepas jumpa message Iucah suami dengan perempuan sehari sebelum kami nikah. Dia tau esoknya suami nak akad, dan suami siap berjanji walaupun dah nikah, diorang masih boleh teruskan text kotor.
Tak cukup situ, jumpa lagi message perempuan baru bersalin minta suami beri nama untuk anak dia. Beritahu aku, logik akal mana yang boleh pakai walau kawan rapat sekalipun untuk minta bagi nama untuk anak kita selain suami dan keluarga sendiri?
Belum cukup lagi, aku jumpa bukti yang dia dan suami juga pernah berhubungan. Aku bukan aisyah, bukan fatimah, apa lagi khadijah. Aku zati. Gunung berapi mana yang tak meIetup lepas jumpa semua benda yang tak sepatutnya terjadi.
S4kit aku dapat, malu dengan keluarga suami pun aku dapat. Dunia aku gelap. Balik rumah suami. Suami menyewa seorang diri dari bujang. Rumah kecil 2 bilik 1 tandas. Aku tak berkira tentang size rumah. Yang aku terk3jut, suami yang aku ingatkan pembersih dan kemas di luar, tapi rumah bersepah.
Hanya ada tilam atas lantai dalam bilik, 1 almari 1 meja kopi. Ruang tamu kosong jadi tempat pembuangan sampah botol air mineral kosong. Penuh lantai botol bertaburan menimbun sarang tikus. Lantai tebal berdebu hitam tak pernah mop. Tandas berlumut. Lain – lain aku sanggup kemas.
Tandas memang aku munt4h. Sebab segan dengan aku. Suami terus cuci tandas. Alas tilam lusuh, bau hapak bilik. Sungguh aku tak sangka macamni rupanya sarang suami aku. 2 tahun kawin, suami tak bagi nafkah duit. Aku diam. Pada dia makan sekali sehari cukup. Tak nak aku gemuk.
Ada hadiah kahwin, periuk nasi. Tu lah tempat aku masak lauk, situ juga masak nasi. Macam zaman belajar. Ye aku bertahan sebab termakan cakap orang awal kahwin hidup susah. Walaupun gaji suami aku bukan kategori kecil. Aku percaya yang dia kata banyak komitmen.
Dia telus bentang slip gaji dan semua yang dia kena bayar. Aku tak ambil peduli sebab sayang aku jadi buta. Mana silap entah dia masih boleh bazir tanggung orang lain juga. Tak bekerja, duduk rumah. Aku buka komputer suami. Jumpa lagi yang tak sepatutnya aku jumpa.
Rupanya dulu ada perempuan dalam rumah ni. Kemas barang – barang suami, jumpa 1 beg baju perempuan. Suami cakap baju adik dia. Aku tak b0doh. Buat apa adik dia nak pakai baju s3xy dan tinggalkan bag dekat rumah abang dia. Adik dia bukan berpakaian macamtu.
Aku buang bag tu. Jumpa alat mainan orang dewasa. Aku buang semua. Tiga empat bulan kahwin, pada aku biasalah orang tua nak datang rumah. Mama abah bagitau nak datang rumah aku. Aku beritahu suami, teruk aku kena m4ki.
Suami cakap keluarga aku tak faham keadaan baru kahwin sibuk nak datang rumah. Aku buat helah. Sampai sekarang dah pindah rumah baru pun mama abah tak pernah jejak rumah aku. Nak jadi cerita, Allah tu ada. Tak lama bulan depannya, umi abah bagitau nak datang.
Waktu tu baru dia sibuk suruh aku cari langsir, karpet, almari, bantal bantal dan tilam. Terasa? Mesti terasa. Tapi aku sambut keluarga mertua dengan baik. Aku ketawa. Anak – anak buah suami pun manja dengan aku. Naik kereta nak duduk dengan aunty zati.
Aku happy walaupun hakik4tnya s4kit. Kembali aku sorang diri dalam sangkar aku. Aku dilahirkan dengan instinct yang kuat. Selain peka telinga tapi mata yang tak tahan cahaya, rabun silau. Rumah apartment tingkat 3 je. Aku boleh dengar kereta suami aku balik kerja.
Tapi lama baru dia sampai depan rumah. Benda berlarut sebulan dua. Terjumpa lagi teks kotor suami dengan jiran rumah bawah. Aku dah perasan lama perempuan tu selalu jeling aku tanpa sebab bila bertembung dekat tangga masa aku balik dari pasar. Sesuatu tak kena. Instinct aku betul.
Suami masuk rumah bawah dulu baru balik. Aku s4kit lagi. Meng4muk lagi. Perempuan tu pindah rumah. Kebetulan tuan rumah masa tu nak naikkan harga tapi suami tak setuju, kami keluar, pindah apartment lain. Kali ni rumah atas pula ramai perempuan cantik.
Parking sebeIah kereta suami. Mungkin dia selalu dengar aku memetir, dia pun tak termakan cubaan suami. 3 bilik 2 bilik air. Pernah suami nak sewakan bilik tu tapi nak penyewa perempuan. Aku tak setuju. Kant0i rupanya perempuan dia tengah cari bilik.
S4kit kan. Haha. Suami pura – pura tunjuk dekat keluarga bawa isteri bercuti. Hakik4tnya, sampai bilik main mobile legend. Nampak bini tidur, video call Iucah sana sini. Pernah dia buat buat nak demam, cakap nak terus tidur.
Pura – pura tidur, aku pun tidur. Nak jadi cerita jam 3 pagi aku terjaga dia tak ada kat sebeIah. Balik, bagi alasan member panggil tengok bola. Minta tunjuk message member, takde. Minta tunjuk call log member takde. Dia pergi bilik lain, aku tau tu.
Entah dia angkut perempuan tu jalann – jalan sebab sebelum sampai hotel beriya dia singgah cuci kereta luar dalam. Masa Raya nak balik kampung nenek dia, nak jadi cerita sebelum balik aku nak tengok tiket kapal dekat hp dia. Tup, perempuan dia message minta duit.
Aku sendiri nak dapat duit punya susah. Dah bising dari situ baru dia nak bagi duit bulanan. Tapi tak tiap bulan. Ada dia bagi lebih, ada bulan dia tak bagi. Dekat rumah nenek, tengah malam tak masuk bilik. Aku tidur sorang.
Esoknya pakcik dia tegur aku kenapa tak panggil suami tidur. Aik, aku pula yang kena tegur. Tup aku check hp jumpa lagi. Aku kawal diri, depan sed4ra depan nenek aku ketawa tapi kelat. Balik rumah mama abah, dia sentiasa demam. Berkurung dalam bilik tak borak dengan keluarga.
Aku segan kena tegur kakak – kakak, suami aku antisosiaI. Jadi aku kurangkan hari balik rumah mama abah. Aku dah niat nak cerita semua ni dekat abah mama. Tapi satu t4mparan hebat lagi aku kena selesaikan. Mama mengadu yang abah ada perempuan lain.
Aku anak bongsu, panggil abah ngeteh pergi berdua confront abah. Abah mengaku salah. Nak jadi cerita, masa tu makcik janda tu call abah depan aku. Hp abah aku jawab. Aku selesaikan. Dua dua berjanji nak sama – sama block. Sama – sama dah tua dan sama – sama malu dengan aku.
Aku anggap case closed. Tapi aku belum bercakap tentang aku. Aku cuma bagi bayangan dekat mama. Aku cakap yang aku dah penat jaga suami asyik demam. Mama sebolehnya pujuk aku bertahan. Aku diam sebab tak sampai hati nak cerita hal sebenar aku dalam keadaan mama pun masih cuba nak berbaik dengan abah.
Pergi rumah mertua, aku cerita semua. Umi abah terdiam. Abah memihak aku. Tapi umi memihak suami. Aku tak salahkan umi sebab tu anak dia dan aku memang dah sedia dengan apa pun reaksi umi. Umi tuduh aku fitnah anak dia.
Kali ni aku tunjuk bukti yang aku simpan. Umi terdiam. Aku balik seorang diri rumah suami yang aku tak rasa lagi selamat. Suami biarkan aku balik tanpa pujuk. Kali ni semua per4ngai dia dah terbongkar penuh dan dia tak dapat nak berlakon lagi depan keluarga dia.
Pernah suami balik bawa pelbagai jenis yogurt yang susah nak jumpa. Aku minum tapi bukan penggemar. Suami borong banyak dan p4ksa aku habiskan. Dia cakap tak bersyukur, bazir makanan. Rupanya dia nak tackle perempuan jual yogurt.
Kant0i masa kami keluar bercuti, satu nombor call. Aku minta suami loudspeaker, suara perempuan. Mula lagi auta suami cakap tu sepupu bini kawan dia. Pernah salah sorang janda yang dia langgan, rupanya sepupu kawan aku.
Kawan bagitau nampak suami jalan dengan sepupu dia dan balik rumah. Aku check hp suami, jumpa mesej dia. Kawan kenal muka suami dan kereta suami sebab aku selalu post yang indah – indah dengan suami. Aku agak ramai yang kenal dalam sosiaI media dan views story aku beratus – ratus.
Dunia ni kecil je. Suami salahkan kawan aku. Dia cakap yang kawan aku sibuk hal orang. Orang luar jeles dengan kehidupan aku, kawan aku punca rumah tangga berg4duh. Suami ingat aku b0doh, nak sugarcoat aku. Aku layankan.
Tinder, omi, michat, litmatch, telegram, mobile legend, boost. Semua ni channel suami sorok dari aku. Tapi sekarang tak lagi. Dari sini juga bukti transaksi duit, text, video, gambar semuanya yang aku dah tengok. Macam – macam jenis perempuan yang aku jumpa, aku pula kena marah balik.
Ada tuduh aku tak pandai jaga suami, suami yang cari dia, patut bersyukur suami tak jandakan aku, mengaku hanya kawan untuk seronok sahaja dan banyak lagi. Tak lama lagi aku juga akan bebas. Cukup lah 5 tahun hidup dengan suami narc1ssist dan manipulatif. Kantoi, ugvt cerai, tup dia transfer duit.
Kantoi, ugvt cerai, tup dia penuhkan barang rumah mesin dryer, steam iron, aircond. Kant0i, ugvt cerai, tup belikan treadmill. Kantoi, ugvt cerai, tup dia belikan phone baru. Aku tak ambil phone tu. Hp sekarang hantaran 5 tahun lepas masih elok aku jaga.
Kalau pisah esok, aku tak nak tuntut hak sepencarian, barang – barang rumah yang dia cakap hadiah aku ni pun semua aku tak nak. Aku nak hidup hati tenang je. Aku nak bahagia. S4kit hidup rasa sentiasa salah, sentiasa tak cukup, kemurungan, depr3ssed, migr4ine semua pun ada.
Lima tahun kahwin aku tak capai pun kriteria suami. Aku tak cerah, rambut tetap keras asyik salah pergi salon, terlebih tinggi, sedangkan suami suka perempuan pendek, bmi aku normal dengan tinggi aku. Kawan – kawan aku cakap aku kurus.
Aku pun tahu aku bukan gemuk. Tapi suami selalu cakap aku gemuk. Aku tak manja, sebab hati aku dah keras. Aku pernah dituduh c4ncer payud4ra sebab payud4ra kecil. Aku pergi scan alhamdulillah sihat. Aku terlalu menuntut rumah yang kemas, sedangkan suami suka bersepah dan tinggal.
Makan tak dibasuh. Pernah aku biarkan rumah busuk, tak sapu tak mop, tak memasak. Tapi aku yang tak tahan. Aku masak sebab aku lapar hampir gastrik terus naik migraine. S4kit, aku beli ubat sendiri. Suami akan cakap, dia dah bagi duit kan.
Bila rumah berhabuk, suami demam resdung semua keluar. Semua yang pada aku ni buruk di mata suami. Dan apa aku siapkan dalam rumah selama ni bukan ini yang dia tuntut dari isteri. 5 tahun kahwin kami tak pernah bersama. Ye aku tahu salah. Aku berd0sa.
Aku cuma lindungi diri aku dari peny4kit yang aku tak nak. Aku tahu berd0sa pandai – pandai jatuh hukvm yang tak tahu. Tapi suami sendiri tak nak check kesihatan, yakinkan aku. Aku tahu berd0sa dan sebab tu aku ke mahkamah.
Aku dah tak bernafsu lepas tengok gambar dan video suami. Mungkin betul aku tak pandai jaga suami sebab tu suami cari perempuan lain. Dia juga tak bernafsu dekat aku lepas apa semua dah jadi. Bukan aku tak pakai s3xy tiap hari dekat rumah. Fizikal aku juga yang kena h1na.
Aku diamkan. Birthday, anniversary semua aku yang beriya cari kek hias rumah, surprise dekat office lain lagi. Tapi suami acuh tak acuh, text tuntut hadiah dari perempuan lain. Kantoi juga. Bukan sekali dua 5x anniversary 5x kantoi. Haha b0dohnya aku.
Masih bertahan 5 tahun? Sebab dia suka kawan – kawan puji, dialah suami terbaik balik awal jaga bini. Tapi tak sampai rumah awal pun. Ada tempat dia singgah dengan alasan kerja office banyak. Dia suka tunjuk kawan – kawan, bini dia kemas terjaga sebab kahwin dengan dia.
Dia bangga cerita dekat kawan – kawan, bini suri rumah semua serba serbi dia bayar. Dia rasa terjaga pergi kerja baju siap gosok, balik makanan siap masak terhidang. Hakik4tnya tak semua betul. Barang rumah aku selalu topup sendiri.
Tayar pecah, aku dahulukan duit aku yang dia cakap duit tu pun punca dari dia juga. Aku ok. Aku diam. 5 tahun aku cari kekuatan untuk keluar dari sangkar ni. 5 tahun bukan sekejap. Dan tak pernah cukup pun untuk heal Iuka dan tr4uma aku.
Panjang. Belum lagi cerita aku nampak kelibat hitam dalam rumah, aku pergi berubat dan ustaz cakap ada sih1r pemisah. Belum lagi drama kakak – kakak aku yang buat aku malu. Banyak lagi yang belum habis cerita dekat sini.
Sedar tak sedar dah sejam aku menaip panjang. Aku hanya ingin meluah, melepaskan semua yang terbuku. Aku berjuaang seorang diri jauh dari keluarga. Aku tak sempurna dan aku tahu mana salah aku, dan aku hanya nak perbetulkan kehidupan aku. Aku bukan muda lagi.
Esok lepas pisah aku berdikari sendiri bersaing dengan yang muda – muda sangat susah. Tapi aku yakin Allah sentiasa bagi aku kekuatan. Doakan aku. Sekarang masih menunggu panggiIan giliran kaunseling. Paling laju proses ni semua 6 bulan.
Fast trek laju lagi, tapi suami tak nak lepaskan aku dan dia tadi pun tak mengaku yang semua dia buat ni salah. Aku yang salah sebab aku tak bagi. Aku yang berd0sa. Aku sedar diri. Dia sorok sijil nikah kami. Yang ada sijil sementara yang photostat tapi mahkamah sini tak terima.
Aku akan cuba minta jabatan agama tempat aku daftar untuk pos sijil baru. Kalau fasakh pula, aku kena bagi bukti – bukti, aib ni semua naik mahkamah. Ni jalan terakhir aku kalau dia masih tak nak lepaskan aku. Aku dah habis study apa nak buat, apa akan jadi.
5 tahun aku cari kekuatan. Aku merancang, tapi Allah dah tentukan perancangan hidup aku. Doakan aku ye. Aku sorang – sorang kat sini. Semoga doa yang baik berbalik untuk korang semua juga. Aamiin. – Zati (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Aisyah T4hir : Teruskan perjuaangan tt. Terus kuat untuk diri sendiri dulu. Itu paling penting. Biar orang luar nak cakap apapun. Yang pastinya kita sendiri yang tanggung. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Izantie Idris : Semoga zati terus kuattt. Semoga dipermudahkan urusan untuk keluar daripada tempat yang begitu t0xic. Kalau saya jadi zati, saya dah keluar lama. Semoga lepas ni, zati dapat seseorang yang jauh lebih baik. Doa banyak – banyak, semoga doa kami semua untuk zati, dimakbulkan Allah. Aminn
Naimmah Mat Dris : Alhamdulillah, akhirnya. Walaupun belum berakhir, saya doakan sis berjaya bebas dari sangkar itu. Mohon maaf sebelum berpisah. InsyaAllah Allah tahu apa dan bila yang terbaik untuk kita.
BACA: Enggan bayar hutang, wanita pura-pura mati muat naik gambar jenazah sendiri