Rugi RM50K selepas kad ATM kena curi

Rugi RM50K selepas kad ATM kena curi. Seorang pesara kerugian hampir RM50,000 apabila wang simpanannya dalam bank disyaki ‘dilesapkan’ oleh seorang warga Filipina untuk membeli barang kemas dan bar emas secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata terdahulu mangsa lelaki berusia 85 tahun itu membuat semakan terhadap penyata kewangan akaun bank miliknya di sebuah cawangan bank tempatan di Taman Tun Dr Ismail, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi 20 Disember lalu.

“Hasil semakan mangsa itu mendapati ada penolakan wang simpanannya mulai September hingga Disember tahun lalu bagi tujuan ‘sales debit’ (jualan debit) dianggarkan berjumlah RM47,940.61,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca Artikel Penuh