Ronaldo balik ke Portugal selepas berang disingkirkan pengurus MU

Ronaldo balik ke Portugal selepas berang disingkirkan pengurus MU. Cristiano Ronaldo merungut dia mengalami kecederaan.

Kecederaan pinggul dan kemudian terus terbang ke Portugal selepas diketepikan daripada kesebelasan utama Manchester United yang tewas kepada tetangga Manchester City awal pagi tadi.

Bintang pasukan itu terkejut apabila diberitahu oleh bos, Ralf Rangnick bahawa dia tidak akan diletakkan dalam kesebelasan utama.

[bg_collapse view=”button-blue” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Ronaldo balik ke Portugal selepas berang disingkirkan pengurus MU

Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo (kiri) dikatakan berang apabila diketepikan pengurus, Ralf Rangnick

Rangnick berkata dia mahukan pemain lebih cergas untuk perlawanan itu dan percaya Ronaldo boleh mendatangkan impak dari bangku simpanan.

Namun legenda United itu menegaskan dia boleh melakukannya sejak permulaan dan berang apabila diketepikan.

Memulihkan masalah kecederaan dialami

Difahamkan dia berharap akan dapat membantu memulihkan masalah kecederaan dialaminya dalam cuaca panas di negaranya.

SunSport difahamkan rakan sepasukan pemain itu terkejut dia tidak kekal di hotel pasukan pada malam sebelum perlawanan.

Pengurus sementara United, Rangnick diberitahu oleh pasukan perubatan kelab Jumaat lalu bahawa Ronaldo mengalami kecederaan pinggul.

Selepas kekalahan 4-1 yang memalukan itu, Rangnick menegaskan: “Saya perlu mempercayai bahagian perubatan saya.

“Doktor datang berjumpa saya pada pagi Jumaat sebelum latihan dan berkata Cristiano tidak boleh berlatih kerana sedikit masalah di bahagian fleksor pinggul dan perkara sama diberitahu pada Sabtu.” – AGENSI

Baca:

Rupanya boleh keluarkan duit di mesin ATM tanpa guna kad bank, ini caranya

Wanita ini bagi cara elak tong sampah anda berbau, gunakan bahan ini

Pakar dedah bumi Malaysia diramal akan diliputi salji masa akan datang

[/bg_collapse]