Rogol cucu sendiri, datuk dijatuh hukuman penjara 200 bulan

Seorang warga emas di Aceh Besar, Aceh dijatuhi hukuman 200 bulan penjara selepas didakwa memperkosa cucunya sendiri.

Detik melaporkan, warga emas itu dikenakan hukuman maksimum atas kesalahan itu.

Mahkamah Syariah Jantho menjatuhi hukuman penjara maksimum 200 bulan kepada seorang datuk yang memperkosa cucu kandungnya.

Rogol cucu sendiri, datuk dijatuh hukuman penjara 200 bulan

Perkara itu disahkan Ketua Hakim, Siti Salwa dalam satu kenyataan hari ini.

Tertuduh dinyatakan secara sah dan meyakinkan bersalah kerana sengaja melakukan pemerkosaan.

Dia dituduh dengan Pasal 46 Aceh Qanun Nomor 6 tahun 2014 tentang Undang-Undang Jinayat.

Siti mengatakan alasan hakim memutuskan hukuman maksimum adalah kerana tingkah laku tertuduh dianggap sangat mengganggu masyarakat Aceh.

“Tingkah laku ini tidak menghormati dan mendukung pelaksanaan hukum Islam di Aceh. Dia seharusnya melindungi cucu kandungnya, ini sebenarnya mengeksploitasi cucunya,” kata Siti.

Hakim itu berharap hukuman tersebut dapat menjadi pelajaran bagi rakyat Aceh, terutama Aceh Besar.

Beliau meminta ibu bapa menjaga anak-anak mereka dan menanamkan akhlak terpuji dalam pergaulan.

Terdahulu warga emas itu dituduh memperkosa cucunya di kebanayakn tempat termasuk di tepi pantai.

Berdasarkan dakwaan tersebut, kes rogol pertama yang didakwa berlaku pada 3 Ogos 2020 ketika mangsa yang berusia sembilan tahun bangun dan pergi ke bilik mandi.

Tertuduh dikatakan menemani mangsa.

Dia kemudian memperkosa mangsa dan memintanya untuk tidak memberitahu ibu bapanya.

Dua hari kemudian, mangsa dan tertuduh dikatakan sedang bermain di pantai Lhoknga, Aceh Besar.

Tertuduh membawa mangsa ke dalam air dan kemudian menyerang dan memperkosanya secara seksual.

Kes itu kemudian dilaporkan kepada polis dan tertuduh ditahan sejak November 2020.

Berita Penuh : https://utusan.news/luar-negara/2021/09/datuk-rogol-cucu-kandung-dihukum-200-bulan-penjara/

BACA JUGA : ‘The Rock’ terkejut tengok gambar anggota polis mirip dirinya