RMK-12 : Anwar pertikai projek diteruskan saat orang tak cukup makan

RMK-12 : Anwar pertikai projek diteruskan saat orang tak cukup makan. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan sepatutnya menangguhkan dan meneliti semula perlaksanaan projek-projek mega dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025.

Membahaskan RMK-12, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, tidak ada gunanya kerajaan meneruskan projek mega sedangkan majoriti rakyat hidup dalam kesempitan.

RMK-12

BACA JUGA : Golongan muda bakal mewarnai calon PRU15 PH

“Parlimen ini harus beri tumpuan sepenuhnya untuk menuntut supaya RMK-12 ini berikan tumpuan (kepada Bumiputera).

“Kalau perlu, tanguhkan projek-projek besar, tangguh projek lapangan terbang, pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan teliti semula Transit Aliran Massa 3 (MRT 3).

BACA JUGA : Panas !!! Najib gesa kerajaan perkenal semula GST

“Apa faedah kita nak teruskan (projek mega) dalam keadaan orang kelaparan, menggangur, dan mutu pendidikan kurang, ketika ini. Tangguh projek-projek besar, apa guna teruskan projek kalau orang tidak cukup makan,” katanya di Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.

Membahas lagi, bekas Menteri Kewangan itu berkata, tumpuan seharusnya diberikan untuk meningkatkan mutu hidup rakyat yang terhimpit.

BACA JUGA : Isu RM13 juta dipindah ke Kanada, Mukhriz sekali lagi minta Sanusi lapor segera ke pihak berkuasa

“Apa salahnya kalau kita tumpukan latihan, mutu kesihatan awam, dan mutu pendidikan kepada golongan miskin desa dan bandar dan beri keutamaan kepada bumiputra.

“Kita tidak peduli peruntukan soal syarikat berkaitan kerajaan (GLC), soal kontrak, yang mahu lahirkan ramai jutawan kerana ramai lagi, berjuta-juta bumiputera ini yang harus diberikan perhatian,” ujarnya.

BACA JUGA : Faizal Tahir kehilangan ayah tercinta hari ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika membentangkan RMK-12 di Dewan Rakyat pada Isnin antaranya memaklumkan, rangkaian rel dan jalan raya bersepadu menghubungkan lapangan terbang dan pelabuhan dengan kawasan perindustrian, bandar serta luar bandar akan dipertingkat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Jelas Perdana Menteri, infrastruktur dan utiliti asas yang berkualiti dan berdaya harap seperti jalan raya, rel, bekalan air dan elektrik adalah aspek yang sangat penting.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-bisnes/rmk12-apa-guna-teruskan-projek-jika-orang-tak-cukup-makan-soal-anwar-322261

COMMENTS

Wordpress (0)