RM50,000 sebulan dibelanjakan untuk kos satu pejabat penasihat PM

Media

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan membelanjakan kos sebanyak RM50,000 sebulan untuk kos pejabat penasihat Perdana Menteri.

Menurut laporan Malaysiakini, kos itu termasuk tiga penasihat dan kakitangan yang bekerja di pejabat penasihat PM.

RM50,000 sebulan dibelanjakan untuk kos satu pejabat penasihat PM

Menteri Tugas-Tugas Khas Abdul Latiff Ahmad dalam jawapan bertulisnya di parlimen berkata, terdapat tiga penasihat yang sedang menasihati perdana menteri masing-masing berhubung kesihatan, agama, serta undang-undang dan hak asasi manusia.

Nama penasihat tidak dinyatakan, tetapi pelantikan Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said sebagai penasihat undang-undang dan hak asasi manusia telah dihebahkan secara meluas.

Abdul Latiff memberi kenyataan tersebut selepas disoal Ahli Parlimen Pandan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meminta perdana menteri menyatakan bilangan penasihat di bawah kakitangannya dan kos yang terlibat.

Sambungnya, perdana menteri akan melantik penasihat khas jika perlu berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka.

BACA JUGA : Terkini !!! Adly Zahari diumum secara rasmi sebagai calon Ketua Menteri Melaka oleh Pakatan Harapan
Warga emas bunuh anak kerana ubah siaran televisyen

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] RM50,000 sebulan dibelanjakan untuk kos satu pejabat penasihat PM […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : RM50,000 sebulan dibelanjakan untuk kos satu pejabat penasihat PM […]