RM30 juta pinjaman perniagaan untuk rakyat Pulau Pinang

RM30 juta pinjaman perniagaan untuk rakyat Pulau Pinang

Sebagai bukti peduli kepada usahawan kecil dan sederhana kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif segera dengan menyediakan Pinjaman Sifar Faedah Kelangsungan Perniagaan Pulau Pinang sejumlah RM30 juta.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.

Katanya, kerajaan negeri menyediakan peruntukan tersebut bagi memudahkan usahawan mikro dan juga usahawan dari sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membuat pinjaman modal pusingan sepanjang tempoh berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Melalui skim ini, mereka tidak dikenakan sebarang faedah, sebaliknya peminjam hanya perlu mula membayar pinjaman mereka selepas tempoh enam bulan menerima wang pinjaman tersebut.

“Manakala pengagihan pakej bantuan bagi rakyat Pulau Pinang sepertimana yang diumumkan baru-baru ini, kerajaan negeri telah pun mempunyai data bagi hampir kesemua kategori terbabit.

“Sementara itu wang bantuan tersebut akan disalurkan pada bulan April 2020 kepada semua penerima yang layak dan proses birokrasi boleh dikurangkan serta meminta supaya semua jabatan terlibat supaya mempercepatkan proses bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat tatkala ini,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri turut mengecualikan sewa premis perniagaan milik kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan selama satu bulan dimana para penyewa yang kebanyakannya usahawan kecil tidak perlu membayar sewa bagi bulan April 2020.

Ia juga berharap pemilik premis perniagaan swasta di Pulau Pinang akan turut sama menyokong dengan menghulurkan bantuan seumpamanya kepada penyewa-penyewa mereka.

Berita penuh :https://malaysiadateline.com/pulau-pinang-sediakan-rm30-juta-pinjaman-sifar-faedah-perniagaan/