Rina dikritik hadir ke pusat pemindahan banjir berkasut tumit tinggi

Saya sempat salin baju, tak teringat kasut tinggi.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun tampil memberi penjelasan atas kecaman warganet terhadapnya yang dilihat tidak peka terhadap persekitaran semasa kerana berkasut tinggi ke pusat pemindahan sementara (PPS) hujung minggu lalu.

“Saya ingin memaklumkan pada hari tersebut, pada 19 Dis, saya menghadiri Perhimpunan Agung Bersatu dan sebagai Ketua Srikandi Bersatu, saya perlu berada di perhimpunan tersebut.

Menurut laporan FMT beliau berkata “Ketika mesyuarat, saya turut menerima banyak laporan tentang bencana banjir dan hati saya tidak berasa tenang dan saya risau tentang mangsa banjir. Saya membuat keputusan selepas mesyuarat, saya akan melawat sekurang-kurangnya satu PPS,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Katanya, beliau hanya sempat menyalin baju dan tidak teringat kasutnya.

“Apa yang lebih penting pada saya adalah keberadaan saya di pusat tersebut untuk membantu dan menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata, menjadi kelaziman menteri sepertinya dikecam dalam pelbagai aspek.

“Saya juga mahu membatalkan majlis hari ini, tetapi penganjur kata kehadiran saya pada majlis ini juga diperlukan. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan isu saya pakai kasut tinggi melawat pusat pemindahan yang sudah tular dalam media sosial.”

Beliau berharap rakyat melihat sesuatu situasi secara menyeluruh, bukannya dari satu sudut atau berdasarkan sekeping gambar sahaja.

“Saya ingin minta maaf kerana jika kasut tinggi saya itu lebih penting daripada kehadiran saya di pusat banjir tersebut. Jadi, saya berharap kita sebagai rakyat Malaysia, dalam suasana kita berada pada masa kini agar kita turut membantu satu sama lain.

“Kita mudah mengata di platform media sosial, kita mudah menulis macam-macam perkara, tapi apakah sumbangan kita kepada mangsa banjir?”

BACA: Nedim nazri kecewa, mangsa tak nak dibantu tapi demand selimut dan gula
Influencer media sosial diwajibkan bayar cukai kepada kerajaan

Artikel ini disiarkan pada 23/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)