Riak Wajah Suram Tun M Selepas Keluar Istana Timbul Tanda Tanya…

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di bangunan Perdana Putra jam 12.25 tengah hari tadi selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Riak wajahnya sedikit muram ketika pemberita merakamkan ketibaannya.

Sebelum itu, kenderaan rasmi Dr Mahathir dilihat memasuki Istana Negara melalui Pintu 1 istana pada jam 10.55 pagi.

Media masih cuba mendapatkan pengesahan berhubung tujuan kehadiran Dr Mahathir di Istana Negara namun dipercayai bagi membincangkan mengenai jawatan Perdana Menteri ke-8 selepas beliau meletakkan jawatan Isnin lalu.

Semalam, Dr Mahathir melalui perutusan khas yang disiarkan secara langsung memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.