RHB mula naikkan BR,BLR 18 Mei ini

RHB mula naikkan BR,BLR 18 Mei ini. RHB Banking Group akan menyemak naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman/Pembiayaan Asas (BLR/BFR) sebanyak 25 mata asas (bps) berkuat kuasa 18 Mei 2022.

Ia sejajar dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

RHB dalam kenyataannya berkata RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd akan menaikkan BR daripada 2.50 peratus kepada 2.75 peratus setahun dan akan turut menyemak BLR/BFR daripada 5.45 peratus kepada 5.70 peratus setahun.

“Sejajar dengan semakan itu, kadar deposit tetap RHB Bank dan RHB Islamic Bank juga akan disemak naik berkuat kuasa tarikh sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA:

Kecoh lelaki mengamuk SENHENG jual hp second, syarikat tampil jawab isu sebenar

Kerana seorang wanita misteri ini, satu Cyberjaya dalam ketakutan!

Mangsa dedah jadi ‘mangsa skim cepat kaya’ Azizan Osman

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)