Restoran patin tempoyak beri makan percuma kepada pelanggan nama ‘Ismail’

Ikan patin tempoyak yang merupakan sajian tradisi masakan orang Temerloh, Pahang bakal menjadi hidangan percuma kepada mereka yang mempunyai nama Ismail di Restoran Temerloh Catering, Seksyen 15 di sini.

Pemberian hidangan itu susulan pelantikan rasmi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri (PM) kesembilan, semalam.

Restoran itu dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan orang ramai hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai pengesahan bagi mendapatkan hidangan tersebut.

Restoran patin tempoyak beri makan percuma kepada pelanggan nama 'Ismail'

“Syaratnya hanya kepada sesiapa sahaja bernama Ismail, bin atau binti Ismail dan alamat rumah mempunyai perkataan nama itu. Promosi hidangan itu hanya terhad kepada 100 orang pertama sahaja,” katanya.

Restoran itu menjelaskan, langkah itu sebagai tanda sokongan dan mengalukan pelantikan Ismail Sabri yang merupakan orang Temerloh.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/22/ismail-dapat-makan-percuma-ikan-patin-tempoyak/

BACA JUGA : Ucapan sulung Ismail Sabri sebagai PM jam 5.30 petang ini