Resipi patty burger ayam homemade ni, berbaloi Jjmat duit

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Bila hujung bulan tiba tapi gaji belum masuk, pastinya kita akan berusaha memanfaatkan apa sahaja bahan yang ada di rumah.

Zaman sekarang, harga patty burger, sama ada ayam atau daging, sudah mencecah RM7 hingga RM8 untuk enam keping.

Kalau keluarga besar, memang terasa kurang berbaloi, lebih-lebih lagi bila kewangan sempit.

Jadi, apa kata cuba resipi patty ayam homemade yang dikongsikan

oleh Geliga Rasa di Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’ ini.

Resipi patty burger ayam homemade ni, berbaloi Jjmat duit

Resipi Patty Ayam Homemade

Bahan-bahan:

  • 400g isi dada ayam
  • 2 biji kentang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji telur
  • 1 biji bawang Holland
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil chilli flakes
  • 1 sudu kecil mixed herbs
  • 6 sudu besar tepung ubi kayu
  • 2 sudu besar mentega

Cara-cara:

  1. Kisar isi dada ayam, kentang, lobak merah, dan bawang dalam food processor sehingga halus.
  2. Campurkan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk, kemudian uli hingga sebati.
  3. Lapikkan acuan dengan kertas pembakar. Kepalkan adunan dan bentukkan ikut acuan.
  4. Kukus patty yang telah siap selama 3 minit, kemudian simpan dalam peti sejuk beku.
  5. Apabila ingin dinikmati, grill patty di atas kuali sehingga masak.

Selamat mencuba!

Baca juga:‘Kalau ada cita-cita itu patut dipadamkanlah’, Peja ingatkan Pas jangan berangan calonkan PM?