Siapa penggemar lala wajib cuba resepi lala masak lemak cili api ini.
Bahan-bahan yang digunakan sama saja seperti biasa kita masak ayam masak lemak dan udang masak lemak.
Tetapi lala perlu dimasukkan pada langkah terakhir semasa dalam proses memasak
Hal ini untuk mengelakkan lala terlebih masak.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norfadilah Ibrahim di bawah.
Baca juga: Resipi Lala Masak Kam Heong Ala Restoran Cina, Guna Bahan Mudah Je!
RESEPI LALA MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan:
- Lala
- Cili api
- Kunyit hidup
- Serai
- Santan
- Air
- Rasa sifu
Cara-cara memasak:
1. Tumbuk cili api dan kunyit hidup sehingga lumat.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk. Jangan hidupkan api lagi.
3. Masukkan serai yang sudah diketuk dan baru hidupkan api.
4. Kemudian tuangkan santan dan sedikit air. Pastikan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
5. Perasakan dengan rasa sifu atau garam dan gula.
6. Akhir sekali baru masukkan lala. Biarkan menggelegak dan boleh tutup api.
7. Siap, selamat mencuba!
resepi lala masak lemak
Kredit resipi dan gambar: Norfadilah Ibrahim