Remaja menyamar jadi askar, liwat mangsa lelaki

Polis menahan seorang lelaki berumur 19 tahun kerana disyaki menyamar sebagai pegawai tentera dan memiliki kelengkapan pakaian pasukan itu dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Ayer Molek, Kuala Sungai Baru, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Arshad Abu berkata suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dan sepasukan pegawai tentera dari Kem Terendak kira-kira 9.15 malam.

“Hasil pemeriksaan menemukan barangan ketenteraan antaranya tiga pasang pakaian berserta pangkat kapten dan aksesori, kasut, tali pinggang Kor Artileri, beret merun, stoking hijau dan apulet loreng berpangkat Leftenan Kolonel.

Remaja menyamar jadi askar, liwat mangsa lelaki

Lelaki berusia 19 tahun itu turut disyaki terlibat dalam kes liwat yang dilaporkan seorang mangsa pada November lalu, kata Ketua Polis Daerah Alor Gajah Arshad Abu.

“Siasatan awal juga mendapati suspek mengaku memperoleh pakaian tentera itu dengan membelinya secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arshad berkata siasatan lanjut ke atas suspek mendapati pemuda itu terlibat dalam satu kes penipuan dengan memperdaya seorang lelaki dengan masalah peribadi dan urusan perkahwinan menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM21,400.

Beliau berkata suspek telah memperdaya mangsa dengan membawa watak jantina berlainan iaitu menyamar sebagai Mejar Shuhada dan Kapten Saufi melalui perkenalan menggunakan aplikasi WhatsApp.

“Suspek juga disyaki terlibat dalam satu kes liwat yang dilaporkan seorang mangsa dalam kejadian berlaku pada 23 hingga 25 Nov lepas di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru,” katanya.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama lima hari bermula semalam di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memiliki pakaian askar dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii.

BACA JUGA : Orang ramai perlu divaksin setiap tahun -CEO Pfizer
Terkini !!! Satu lagi lantikan baru Penasihat Khas Kesihatan PM

Artikel ini disiarkan pada 03/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)