Remaja maut setelah terjatuh dalam kandang harimau di Zoo

remaja

Remaja maut setelah terjatuh dalam kandang harimau di Zoo.Seorang remaja yang memanjat pagar menempatkan harimau di sebuah zoo di New Delhi, India, maut diserang haiwan buas tersebut selepas terjatuh ke bahagian dalam kandang, lapor akhbar The Sun semalam.

Berdasarkan satu rakaman video, remaja lelaki dikenali sebagai Maqsood, 20, maut selepas dibaham pada bahagian leher.

Menurut saksi, harimau itu ketika kejadian sedang bermain dengan kawanannya sebelum menyerang Maqsood apabila remaja itu terjatuh.

Harimau bernama Vijay itu membaham leher Maqsood dan menyeretnya ke bahagian tepi kandang ketika polis tiba di lokasi kejadian.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bertindak membaling batu ke arah haiwan tersebut sebagai usaha untuk mengalihkan perhatiannya.

Mereka turut mengkritik cara zoo tersebut mengendalikan insiden itu dengan mendakwa bahawa pekerjanya gagal bertindak pantas dan tidak menggunakan tembakan penenang terhadap harimau itu.

 maut

“Tiada seorang pun pengawal berdekatan pagar itu ketika kejadian.

“Remaja itu melompat masuk ke dalam kandang, saya tidak tahu apa yang dia cuba lakukan,” kata seorang saksi, Prakash Kumar.

Tambah Prakash, pengunjung zoo yang lain turut menjerit meminta bantuan sebelum pengawal tiba.

“Kami mula membaling batu untuk mengalih perhatian harimau tersebut, namun dalam hanya beberapa saat, ia terus membaham dan menyeret remaja itu ke bahagian tepi pagar,” katanya.

Mayat Maqsood diambil hampir dua jam kemudian selepas pekerja zoo berjaya menghalau harimau tersebut.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/02/pemuda-maut-dibaham-harimau-selepas-jatuh-ke-dalam-kandang/

BACA: Tiada lagi vaksinasi ‘walk in’ di Lembah Klang, kini perlu buat janji temu

COMMENTS

Wordpress (0)