Remaja dimandi ala jenazah lantik peguam mewakili dirinya

Remaja yang dimandikan ala jenazah, Daniel Iskandar, 19, selepas cuba mencuri tabung masjid melantik Tetuan Hariz Syakinah & Co bagi mewakilinya dengan bantuan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co mendapat maklumat terdapat satu prosiding Semakan Jenayah ditetapkan mengikut peruntukan di bawah Bab 31 Kanun Tatacara Jenayah di Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Shah Alam pada 17 Januari ini.

Remaja dimandi ala jenazah lantik peguam mewakili dirinya

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, atas dasar itu dan atas arahan untuk mewakili Daniel, maka PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co. akan hadir di hadapan Mahkamah Tinggi.

Menurutnya, PPMM juga merujuk kepada pelbagai versi fakta dan penceritaan berkaitan latar belakang Daniel dan kejadian berkenaan, yang dalam pandangan PPMM adalah tidak begitu sihat dari sudut keadilan dan kepentingan Daniel, mahupun mana-mana pihak yang berkaitan untuk diteruskan di media sosial.

“Terutamanya dalam menghormati Mahkamah prosiding yang akan berlangsung di Tinggi Shah Alam pada Isnin ini.

“Justeru, PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co. bagi pihak Daniel memohon jasa baik semua pihak untuk mengelakkan daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menunjukkan kekeliruan lanjut di pihak masyarakat awam, sehinggalah penyelesaian prosiding di Mahkamah Shah Alam itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainul berkata, PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co. akan memberikan kenyataan penuh yang akan dilanjutkan selepas selesainya prosiding itu.

Media sebelum ini, melaporkan seorang remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti ‘jenazah’ akibat cuba mencuri tabung masjid, hari ini dipenjara 10 hari dan menerima RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Daniel, selepas dia mengaku bersalah cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah di masjid berkenaan di Kuang, Rawang dekat sini pada 11.58 malam, 8 Januari lalu .

Baca Juga : Kecoh video viral aksi remaja dimandikan ala jenazah, akhirnya Imam buka mulut
“Suami saya nyaris ditembak oleh bapa mertua sendiri”, dedah Zarina Zainuddin
Suntikan AstraZeneca beri kesan sampingan kepada tulang belakang, dedah EMA

Artikel ini disiarkan pada 15/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)