Rekod baru dunia, cincin mewah ini bertatahkan 24,679 butir berlian

Rekod baru dunia, cincin mewah ini bertatahkan 24,679 butir berlian. Sebuah syarikat perhiasan di India menempah namanya dalam Guinness World Records apabila menggunakan sejumlah 24,679 butir berlian untuk menghasilkan sebentuk cincin.

Guinness World Records me­ngumumkan bahawa SWA Diamonds memegang rekod untuk cincin bertatahkan paling banyak berlian. Cincin itu digelar ‘Ami’ atau dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud keabadian.

Reka bentuk cincin itu adalah berinspirasikan cendawan tiram merah jambu.

Baca Artikel Penuh