Redzuan tak terkejut pun dengan tindakan Umno mahu tinggalkan PN

Redzuan tak terkejut pun dengan tindakan Umno mahu tinggalkan PN

Ahli majlis tertinggi PPBM, Redzuan Yusof, tidak terkejut apabila Umno mengumumkan ia pertimbang menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).

Redzuan ketika dihubungi FMT berkata Umno nampak seperti cuba menekan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya bersetuju dengan syarat-syaratnya, mengatakan ini boleh memberi kesan pada beberapa pemimpinnya.

“Ia sudah dijangka, kerana Umno menggunakan situasi itu untuk menekan perdana menteri supaya bersetuju dengan beberapa syarat-syarat baharu (melibatkan) beberapa pemimpinnya.

“Saya secara peribadi tak terkejut,” katanya mengulas pengumuman Umno semalam.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, semalam berkata parti Melayu itu sedang mempertimbangkan sokongannya kepada PN, dan akan mengemukakan kepada kerajaan syarat-syarat baharu untuk meneruskan kerjasama politk.

Beliau menambah Umno turut akan mencadangkan Muafakat Nasional didaftarkan sebagai gabungan politik sah.

Syarat baharu Umno itu akan dikemukakan dalam pertemuan dengan Muhyiddin.

Pengumumman Umno itu menyusuli pertemuan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dengan Agong semalam.

Anwar sebelum ini mendakwa mendapat sokongan secukupnya untuk membentuk kerajaan baharu, mengatakan majoritinya ahli Parlimen Bumiputera.

Berita penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/14/ahli-mt-ppbm-tak-terkejut-dengan-kata-dua-umno/

COMMENTS