Reaksi Puteri Sarah kejutkan netizen selepas Syamsul dedah masih rindukannya. Isu antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya,
Syamsul Yusof masih belum berakhir dan kini masing-masing menantikan tarikh 7 Mac 2023 sebagai hari sebutan kes penceraian yang difailkan Sarah sebelum ini.
Sepanjang menanti hari itu, Sarah dilihat banyak mencari ketenangan dengan bekerja dan baru-baru ini mengerjakan umrah dan melawat Dubai bersama anak-anak.
Apapun, Ohmedia tertarik dengan content terbaru Sarah di TikTok yang mencuba permainan berbentuk ‘tekaan’ sama ada suami rindukan dirinya atau tidak.
“Adakah dia rindukan saya?” – Soalan.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila wajah Sarah yang pada mulanya terlihat ceria dan tersenyum tiba-tiba bertukar menjadi ‘jijik’ selepas melihat jawapan permainan terbabit.
@puterisarahliyana Mintak simpanggggg taknakkkk #fyp ♬ original sound – bestspedup
“Kadangkala dia rindu dan memikirkan kamu ketika keseorangan.” – Jawapan.
BACA:
Perarakan pemuda parti politik undang kegelisahan ramai, sekali Menteri Agama bersuara