Rayu buat apa, kamu tu dah kerajaan, tegur Khalid

Rayu buat apa, kamu tu dah kerajaan, tegur Khalid

Para Menteri di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diminta tidak lagi merayu para peniaga agar menjual peralatan keperluan melawan Covid-19 dengan harga berpatutan tetapi membuat peraturan memastikan mereka berbuat demikian.

Sehubungan dengan itu Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad meminta menterinya yang baru, Datuk Seri Annuar Musa agar mempastikan peniaga tidak menjual barangan seperti pencuci tangan dan topeng muka dengan harga berpatutan di kawasan jagaan beliau.

Khalid berkata demikian ketika mengulas rayuan Annuar agar harga senitizer tidak dinaikan di saat rakyat sangat memerlukannya.

“Saya merayu pada penjual.. janganlah naikkan harga senitizer… di saat rakyat sangat memerlukannya,” tulis Annuar menerusi twitter beliau.

“Merayu-merayu macam pembangkang pula kamu ni. Bukankah sudah jadi kerajaan?” tanya Khalid kepada Annuar Musa melalui twitternya juga sambil merujuk kepada twitter Annuar Musa itu.

Bagi beliau kerja mengawal harga barangan ini adalah tugas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Takkan takleh kawal harga barang? Menteri KPDNHEP cuti Covid-19 ke?” tanya Khalid lagi.

Pencuci tangan (hand senitizer) dan topeng muka (face mask) menjadi barangan keperluan asas sekarang ini ketika semua takut dengan jangkitan Covid-19.

Di mana-mana sahaja kedua-duanya digunakan oleh orang ramai sebagaimana makanan utama negara yang sepatutnya dikawal oleh kerajaan.

berita penuh :https://malaysiadateline.com/bukan-rayu-tetapi-tetapkan-peraturan-kata-khalid-kepada-annuar-musa/

COMMENTS