Ratusan mayat pesakit Covid-19 ditemui setelah banjir melanda Sungai Ganges

Ratusan mayat pesakit Covid-19 ditemui setelah banjir melanda Sungai Ganges

Banjir bermusim di Sungai Ganges menyebabkan ratusan mayat mangsa COVID-19 yang dihanyutkan ketika peningkatan mendadak wabak itu di India ditemui terkumpul.

Seorang pegawai di bandar di utara India itu, Neeraj Kumar Singh, berkata hampir 150 mayat perlu diuruskan bagi proses pembakaran setakat tiga minggu lalu.

“Kami tidak menggali mayat, tetapi hanya yang terapung akibat kenaikan paras air akan menjalani upacara pembakaran.

“Kawasan itu tersebar sejauh satu kilometer persegi dan kami menjangkakan ada sekitar 500 hingga 600 mayat terkubur di situ.

Banjir akibat hujan monsun tahunan menyebabkan lebih banyak mayat dijumpai. - Foto AFP

Banjir akibat hujan monsun tahunan menyebabkan lebih banyak mayat dijumpai. 

Sesetengah keluarga tidak mampu membeli kayu api bagi upacara pembakaran dan mayat hanya dihanyutkan dalam sungai, menyebabkan ada yang dibawa arus Sungai Ganges ke tebing pasir berdekatan dengan sungai. - Foto AFP
Sesetengah keluarga tidak mampu membeli kayu api bagi upacara pembakaran dan mayat hanya dihanyutkan dalam sungai, menyebabkan ada yang dibawa arus Sungai Ganges ke tebing pasir berdekatan dengan sungai.

“Langkah berjaga-jaga diambil ketika menjalankan upacara terakhir bagi kesemua mayat,” katanya kepada AFP.

Kebanyakan mayat yang dijumpai itu dipercayai meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 pada April dan Mei selepas jangkitan mendadak dengan fasiliti hospital di kebanyakan tempat turut lumpuh.

Sesetengah keluarga tidak mampu membeli kayu api bagi upacara pembakaran dan mayat hanya dihanyutkan dalam sungai, menyebabkan ada yang dibawa arus Sungai Ganges ke tebing pasir berdekatan dengan sungai.

Banjir akibat hujan monsun tahunan menyebabkan lebih banyak mayat dijumpai, sekali gus menimbulkan keraguan mungkin jumlah kematian akibat COVID-19 di India melebihi satu juta.

Dalam serti kata lain, kadar kematian sebenar adalah beberapa kali ganda lebih tinggi berbanding kematian rasmi yang dilaporkan iaitu hampir 400,000.

Hampir 150 mayat perlu diuruskan bagi proses pembakaran setakat tiga minggu lalu. - Foto AFP

Hampir 150 mayat perlu diuruskan bagi proses pembakaran setakat tiga minggu lalu. 

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/06/832452/banjir-di-ganges-menemukan-ratusan-mayat-mangsa-covid-19

BACA JUGA : Penggunaan pil viagra meningkat waktu lockdown