Rasa kebal daripada bisa, lelaki akhirnya maut lepas cium Ular Tedung. Tindakan seorang lelaki di Filipina cuba mencium seekor ular tedung yang mendakwa dirinya kebal daripada bisa ular maut selepas lidahnya dipatuk reptilia berbisa itu, lapor akhbar The Sun pada 14 Julai 2021, semalam.
Bernardo Alvarez, 62, yang digelar Lelaki Ular, menangkap spesies ‘Ular Tedung Filipina Udara’ yang sangat berbisa di sebuah rumah penduduk di Pekan Mangaldan, wilayah Pangasinan pada 9 Julai lalu.
Menurut laporan, penduduk pada mulanya bersorak apabila Alvarez berjaya menangkap ular itu namun situasi bertukar ngeri sekelip mata.
Mangsa cuba melakukan aksi mencium reptilia itu dengan meletakkan mulutnya terlalu dekat sebelum ular menggigit hujung lidahnya. Ular tedung tersebut yang dikenali sebagai antara ular paling berbisa di dunia.
Mangsa yang terkejut dengan serangan pantas ular itu menjerit kesakitan, rebah dan menggelupur di atas tanah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.
Pegawai kesihatan tempatan, Dr. Anna de Guzman berkata, bisa ular boleh menyebabkan lumpuh seperti yang berlaku pada Alvarev.
“Apabila sistem badan lumpuh, ia akan menyebabkan mangsa tidak dapat bernafas, kandungan oksigen dalam badan terjejas dan akhirnya degupan jantung terhenti,” katanya.
Pasukan perubatan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian dan cuba memberi bantuan pernafasan tetapi mangsa sudah tidak lagi responsif dan tubuhnya sudah kaku akibat kesan bisa itu.
“Mereka tidak berjaya menyelamatkannya kerana bisa terlalu kuat. Kami tidak tahu bagaimana untuk menerima kehilangannya,” kata seorang ahli keluarga Alvrez, Teresa Oca.
Bernardo Alvarez, yang dikenali sebagai ‘snake man’, mendakwa dia kebal bisa ular.
Berikut dibawah komen dari warganet
BACA:
Bajet 2023: Ini senarai penuh bantuan yang rakyat akan dapat
Tun M sahkan Umno akan menang PRU-15
Suami minta isteri T20 sponsor dirinya nak nikah lain, ‘tak sedar diri punya jantan!’