Rakyat tak marah pun tak boleh balik raya, tapi 9 perkara ini buat rakyat betul-betul marah…

Rakyat tak marah pun tak dapat balik kampung Raya tahun lepas, tapi tahun ni semua orang marah.

Bukan sikit sikit, SEMUA RAKYAT marah.

Sebab apa?

Meh aku cerita sikit

SOP caca marba. Artis, VIP, Menteri relaks je boleh rentas negeri pergi sana sini.

Polis macam tak wujud

Bila rakyat buat kena kompaun

Bila VIP buat Polis buat dekkk je

Harga barang melambung tinggi.

Minyak masak sampai RM30. Gila ke apa. Menteri boleh bagi alasan “MUNGKIN MAINAN ORANG TENGAH”

Weh kau Menteri kot, ambillah tindakan. Saman syarikat yang naikkan harga

Menteri punya banyak tapi satu pun tak boleh pakai. Bayar gaji puluh juta sebulan boleh, nak naikkan gaji Doktor Perubatan tak boleh.
Kerajaan ni mana entah prioriti dia

Darurat macam takde Darurat.

Nampak sangat Muhyiddin buat sebab nak kekalkan kuasa je.

MP dah dapat dua dos vaksin, apa lagi alasan nak buka Parlimen balik?

Orang dah start hisap rokok kat kedai makan balik. Takde dah orang takut takut nak smoke kat mamak, relaks je cucuh balik rokok lepas minum

Menteri Alam Sekitar boleh kata “Malaysia tak terjejas dengan perubahan iklim”Seminggu lepas tu BOOMMM hujan lebat banjir kat KL

FB dan Google lari dari Malaysia sebab dasar bodoh kerajaan. Kita hilang pelaburan berbilion ringgit sebab kerajaan tak kompeten

Muhyiddin boleh kata Kerajaan tak ada duit. Bangang apakah ini?

Kau dok lantik GLC, Menteri, Timbalan Menteri banyak banyak tu buat apa bodoh?

Mana datang duit tu?

Vaksin entah kita akan dapat entah tidak.

Aku pun tak tahu bila kita akan dapat. VIP kita tengok senang je dapat vaksin.
Pegawai Khas Menteri senang je dapat.

Apa rakyat ni nyawa tiada harga agaknya

Graduan tak ada kerja. Lepas tu si tua tua bodoh suruh bersyukur je gaji kecil.Kau cuba bagi gaji 1200 kat Menteri tengok dia boleh hidup ke tak
Cukuplah 10.

Entah apalah masa depan Negara kitaTuhan, selamatkanlah Malaysia

Sumber:

COMMENTS

Wordpress (0)