Rakyat Malaysia paling ramai layari pornografi di Asia ketika PKP, kata MP Pas

Seorang Ahli Parlimen mendesak kerajaan mengawal akses pornografi untuk rakyat Malaysia dan memandang serius isu ketagihan menonton bahan lucah.

Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) berkata, ia susulan terdapat laporan bahawa rakyat Malaysia paling ramai menonton bahan lucah, mengikut data tahun lalu.

“Statistik pada tahun 2020 menunjukkan rakyat Malaysia paling ramai di Asia yang melayari laman web lucah sepanjang tempoh kawalan pergerakan.

Rakyat Malaysia paling ramai layari pornografi di Asia ketika PKP, kata MP Pas

Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, berkata kerajaan perlu melakukan tindakan atau langkah lebih berkesan untuk menyekat laman web lucah.

“Walaupun statistik yang dikeluarkan adalah dalam tempoh itu, saya yakin individu yang menonton bahan terlarang itu sebahagian besarnya akan mengalami ketagihan,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, kerajaan perlu melakukan tindakan atau langkah lebih berkesan untuk menyekat laman web seumpama itu kerana ketagihan seperti ini melahirkan masyarakat yang sihat fizikalnya tetapi mempunyai mental berpenyakit.

BACA JUGA : 5 kali dicekup polis dalam seminggu gara-gara wajah mirip banduan larikan diri
Terbukti ‘Derma Arab Saudi’ hanyalah rekaan Najib

Artikel ini disiarkan pada 08/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)