Rahmah Dalam Jiwa Seorang Bapa

Hati saya terusik tatkala pertemuan saya dengan Abdul Muin Jitmoud hari ini di pejabat saya.

Salahuddin Jitmoud anak kepada Abdul Muin, pekerja penghantar pizza di Lexington, Kentucky, US menjadi mangsa samun dan bunuh. Mangsa disamun Tertuduh Trey Alexander.

Pada 7 Nov 2017, Mahkamah dikejutkan apabila Abdul Muin Jitmoud, membuat kenyataan memaafkan Tertuduh dan beliau menyatakan sebab kenapa beliau berbuat demikian.

Insiden ini menjadi tular seluruh dunia.

Saya teringat tentang prinsip hukum dalam jenayah Islam melibatkan peruntukan diyyah dan kemaafan waris simati, betapa besar jiwa beliau.