Rafizi beri ‘signal’ bakal kembali ke pentas politik?

Rafizi beri ‘signal’ bakal kembali ke pentas politik? Sehingga kini Rafizi Ramli masih belum memberi jawapan yang jelas sama ada beliau akan kembali ke arena politik atau sebaliknya.

Menjelang pemilihan KEADILAN April ini, ramai yang mendesak dan menyuarakan harapan agar bekas Ahli Parlimen Pandan itu segera membuat keputusan.

Apatah lagi, pemilihan KEADILAN kali ini boleh dianggap penentuan untuk seseorang itu akan dipilih sebagai calon PRU15 atau tidak.

Dalam kes Rafizi, kedudukannya lebih istimewa lagi kerana jika beliau setuju kembali aktif dalam KEADILAN, jawatan yang semacam telah disediakan untuknya ialah Timbalan Presiden KEADILAN.

Jawatan itu sebelum ini disandang oleh Azmin Ali dan kosong berikutan pengkhianatannya terhadap KEADILAN dan kini menyertai Bersatu.

Bermakna, kalau beliau mengumumkan mahu kembali sebagaimana pemintaan banyak pihak dalam KEADILAN itu, bukan saja kerusi Timbalan Presiden sudah terjamin, malah menjadi calon dan menang di Parlimen Pandan juga boleh dianggap terjamin sama buatnya.

Rafizi beri ‘signal’ bakal kembali ke pentas politik?

Sebab itu, ramai yang mahukannya segera membuat keputusan, ditambah lagi keadaan politik negara yang semakin tidak menentu sekarang ini.

Soalnya, apakah Rafizi mahu kembali aktif atau sebaliknya?

Respon Rafizi semalam berkenaan keperluannya membuat comeback barangkali memberi sedikit petunjuk yang positif ke arah itu.

Selain ingin memohon petunjuk Tuhan, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak lain, termasuk keluarga dan perniagaan yang diuruskannya.

Ternampak Rafizi sendiri sedar keadaan yang tidak menentu sekarang ini, sebab itu katanya – Bila kita ambil jalan politik, niatnya kena betul.

Untuk sementara, dengan responnya yang positif itu, biar Rafizi menyelesaikan beberapa urusan berkaitan langkah yang hendak diambilnya itu terlebih dahulu dan semoga selepas ini, KEADILAN tidak lagi kehilangannya.

Tonton:

BACA JUGA :

Tembok Bangi Wonderland roboh, ini sebenarnya yang berlaku

Satu post di Instagram Cristiano Ronaldo bernilai RM9.76 juta

Ini tips simpan bawang tahan lama, confirm tak cepat busuk

CATEGORIES