Putrajaya diminta tidak iktiraf Taliban terlalu awal

Putrajaya dinasihatkan untuk menunggu terlebih dahulu sebelum mengiktiraf kerajaan Taliban di Afghanistan dan memastikan pengiktirafan sekiranya mereka mengikuti norma demokratik dan membenarkan kebebasan sejagat untuk rakyatnya.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, Taliban sepatutnya mengamalkan demokrasi, membenarkan kebebasan bersuara dan beragama, serta memastikan keadilan sosial, termasuk terhadap wanita.

Putrajaya diminta tidak iktiraf Taliban terlalu awal

Wanita di Afghanistan memprotes larangan yang dikenakan oleh kerajaan Taliban. (AP pic)

Beliau berkata Kementerian Luar perlu menunggu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pengiktirafan kerajaan Taliban.

“Jika dalam tempoh enam bulan kerajaan Taliban memenuhi piawaian kebebasan dan demokrasi sejagat, barulah kita iktiraf mereka,” kata beliau kepada FMT.

Awang Azman Pawi.

Pengiktirafan kerajaan Taliban dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh beberapa Ahli Parlimen yang menyatakan kebimbangan bahawa PAS tidak hanya mengali-alukan kerajaan Taliban tetapi juga mempertahankannya. Ahli Parlimen itu mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk menjelaskan pendirian Malaysia terhadap Taliban dan adakah kerajaan menyokong pandangan PAS.

Ahli akademik Azmi Hassan memberitahu FMT, buat masa ini tidak disarankan untuk mengiktiraf kerajaan Taliban.

“Kementerian Luar sepatutnya hanya menerima kerajaan itu sekiranya rakyat Afghanistan menerima kerajaan mereka. Tetapi nampaknya Taliban kembali kepada cara lama mereka hanya mendidik anak-anak lelaki,” kata beliau.

Azmi berpendapat kerajaan Taliban tidak akan mengubah cara mereka dan cenderung mempertahankan undang-undang yang tegas mengenai demokrasi serta kebebasan bersuara. Ini kerana “pemimpin masa kini sama seperti sebelumnya”.

Azmi Hassan.

Dengan menyaksikan banyak laporan berita mengenai hak dan kebebasan wanita yang disekat Taliban, Azmi berkata Putrajaya tidak seharusnya mengiktiraf kerajaan itu sehingga dan kecuali sekiranya Taliban mengubah cara mereka.

Mengenai sokongan PAS terhadap Taliban, Azmi berkata ia mungkin ‘memakan diri’ seperti yang dilihat di media sosial di mana warganet telah mengkritik parti Islam itu kerana menyokong Taliban.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilaporkan telah mempertahankan Taliban, dengan mengatakan mereka telah berubah dan ini dapat dilihat dalam memberi pengampunan kepada mereka yang sebelumnya bekerja dengan Amerika Syarikat.

Hadi meminta rakyat Malaysia untuk tidak mempercayai media barat dan tempatan yang “bertindak sebagai alat dan memfokuskan pada aspek negatif” Taliban.

Dalam salah satu berita terbaru, AP melaporkan perbandaran Kabul yang dikendalikan oleh Taliban telah meminta wanita untuk tinggal di rumah dan telah memberitahu pelajar perempuan untuk tidak kembali ke sekolah buat masa ini. Namun, menurut laporan itu, kanak-kanak lelaki boleh kembali ke sekolah.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/23/tunggu-lihat-pemerintahan-taliban-sebelum-iktiraf-putrajaya-diberitahu/

BACA JUGA : Firdaus Wong seru lebih ramai mangsa gangguan seksual pendakwah terkenal tampil buat pendedahan