Puteri Sarah bakal saman ‘seseorang’, netizen keliru siapa bakal disaman

Puteri Sarah bakal saman ‘seseorang’, netizen keliru siapa bakal disaman. Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang dikatakan sudah lama hendak disaman.

Puteri Sarah nak saman individu

Puteri Sarah bakal saman 'seseorang', netizen keliru siapa bakal disaman

Menerusi perkongsiannya di Instagram, pelakon berusia 37 tahun ini mengakui sudah lama bersabar dan bertahan, namun kini dia mempunyai bukti yang kukuh untuk membawa perkara yang berlaku itu ke mahkamah.

Tunggu dan lihat apa yang bakal saya lakukan. Cuma buat masa ini beri saya ruang untuk berbincang dengan peguam saya.

Walau bagaimanapun, Puteri Sarah memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi butiran mengenai tujuan serta tindakan saman yang bakal dibuat olehnya kerana tidak mahu mengganggu proses memfailkan saman.

Sanggup tunggu sampai kes selesai

Puteri Sarah bakal saman 'seseorang', netizen keliru siapa bakal disaman

Ujarnya lagi, dia menyedari kos guamannya itu tidak murah serta mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan, namun dirinya sudah lama bersabar dan sanggup menunggu sehingga kesnya itu selesai.

Saya akui nak failkan saman ini kosnya tidak murah tapi saya sudah lama bersabar dengan perkara ini. Saya mahu undang-undang membuktikan isu yang berlaku.

BACA JUGA :

Kes Covid-19 makin meningkat, ada syor agar laksana PKP sementara

Rafizi beri ‘signal’ bakal kembali ke pentas politik?

Tembok Bangi Wonderland roboh, ini sebenarnya yang berlaku

CATEGORIES