Pulau Pinang tak sekat aktiviti ‘dine in’ bagi individu lengkap vaksin

Pulau Pinang tak sekat aktiviti ‘dine in’ bagi individu lengkap vaksin

Pulau Pinang tidak akan melarang aktiviti ‘dine in’ bagi individu yang lengkap vaksinasi memandangkan kesedaran rakyat berhubung peningkatan kes COVID-19 di negeri itu amat tinggi.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata kesedaran itu jelas terlihat apabila tidak ramai yang makan premis makanan walaupun dibenarkan kerana ramai yang berasa keadaan sekarang belum selamat.

Malah katanya, ramai pemilik premis yang masih tidak membenarkan dine-in sebaliknya terus mengamalkan konsep pandu lalu dan bawa pulang.

Pulau Pinang tak sekat aktiviti 'dine in' bagi individu lengkap vaksin

“Kita lihat tiada keperluan untuk sekat rakyat yang lengkap vaksinasi untuk ‘dine-in’ kerana kesedaran mereka amat tinggi mengenai peningkatan kes di negeri ini dan mengamalkan sikap berhati-hati.

“Ini menunjukkan rakyat amat bertanggungjawab dan perkara ini yang kita mahukan,” katanya mengulas sama ada kerajaan negeri mahu melarang dine-in susulan peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini.

Terdahulu, Kon Yeow menerima sumbangan 20,000 dos vaksin COVID-19 daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SP Arena, Seberang Jaya, hari ini.

Pada 8 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap di negeri dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) diberi kelonggaran dengan membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri, solat berjemaah di masjid dan surau serta dine-in di restoran.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/858141/p-pinang-tak-sekat-dine-individu-lengkap-vaksinasi

BACA JUGA : “Kurang cerdiknya saya buat kenyataan itu”