Pulau Pinang Peruntuk RM20 juta Bantu Peniaga Kecil Yang Terjejas

Pulau Pinang Peruntuk RM20 juta Bantu Peniaga Kecil Yang Terjejas

KERAJAAN Pulau Pinang mengumumkan dana bantuan RM20 juta bagi peniaga kecil yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Chow berkata peruntukan itu bagi membantu peniaga yang tidak dapat menjalankan perniagaan akibat perintah kawalan bermula 18 hingga 31 Mac.

“Kita sudahpun peruntukkan RM20 juta ini dulu, tapi bagaimana insentif ini diberikan belum dimuktamadkan.

“Kita asingkan dahulu bajet ini, kemudian kita akan lihat bagaimana dapat bantu penjaja dan peniaga kecil yang terkesan akibat perintah larangan pergerakan Covid-19,” kata beliau dalam satu sidang media di Georgetown.

Perintah Kawalan Pergerakan dijangka akan menjejaskan peniaga dan penjaja kecil, kerana orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berada di dalam rumah.

Menurut Chow, dana RM20 juta itu adalah mesej bahawa kerajaan negeri sentiasa bersama rakyat.

Berita lanjut : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/229282