PRU tak sesuai dibuat sekarang, kata Nik Amar

PRU tak sesuai dibuat sekarang, kata Nik Amar

PRU tak sesuai dibuat sekarang.Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah berpandangan pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika ini kerana pandemik COVID-19.

Walaupun proses demokrasi itu satu-satunya cara untuk menyelesaikan gangguan politik ketika ini, namun beliau mengakui kepentingan negara dan rakyat perlu diutamakan.

“Apabila pilihan raya diadakan dan pemenang ditentukan, selesai segala cerita.

“Cuma masalahnya buat masa ini, pilihan raya tidak boleh dilakukan.

PRU

Jelasnya, pilihan raya hanya boleh dipertimbang apabila imunisasi kelompok mencapai sasaran 80 peratus.

“Perdana Menteri memang berhasrat untuk adakah pilihan raya. Tetapi kerajaan tidak boleh bubar kerana pandemik ini.

“Kalau nak adakan pilihan raya juga, biarlah apabila sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat telah terima suntikan vaksin,” katanya.

Tegas beliau, menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih pemerintah adalah langkah yang paling ideal.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/pilihan-raya-tidak-sesuai-diadakan-ketika-pandemik-covid19-mohd-nik-amar-309158

jika terlepas: Saya rasa Menteri Pendidikan tak berguna langsung, bidas Zaid