PRU-15 : Akhirnya Warisan umum kerjasama dengan…

PRU-15 : Akhirnya Warisan umum kerjasama dengan. Parti Warisan (WARISAN) sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana gabungan politik yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi memastikan kestabilan politik dan menjaga kepentingan rakyat negara ini, kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, ini kerana pihak yang menang pada PRU-15 adalah parti pilihan rakyat, justeru Warisan menghormati keputusan itu dengan menjalin kerjasama menguntungkan kepada rakyat di peringkat Persekutuan dan Sabah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan persefahaman yang dibentuk itu mestilah sebuah kerjasama pintar serta tidak berat sebelah dan paling penting, meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segalanya.

Baca Artikel Penuh