Proton uji Saga baru, facelift dengan enjin lebih kecil… Harga lebih murah?

Proton uji Saga baru, facelift dengan enjin lebih kecil… Harga lebih murah. dikesan menjalankan ujian model Saga MC2, iaitu versi dipertingkat (facelift) di Seksyen 16 menghala ke Lebuhraya SPRINT.

Menurut portal Funtasticko, sedan segmen-A putih itu cuma ditampal pelekat kamoflaj pada rim dan kit badan. Ini juga kali kedua unit tersebut dikesan.

Terdahulu, portal sama menyatakan model Saga itu pernah dikesan di Subang Jaya yang dikatakan versi facelift terakhir Saga sebelum model generasi baharu menerjah pasaran pada awal 2023.

Saga MC2 mungkin dipasangkan trenkuasa S4PE yang dikecilkan kapasiti kepada 1,299cc berbanding sesaran asal 1,332cc, menyamai versi Saga yang dijual di Pakistan.

Kotak gear kekal seperti sedia, automatik 4-kelajuan daripada Hyundai, termasuk output kuasa yang juga dikekalkan.

BACA JUGA : Proton tawar diskaun alat ganti sehingga 50% kecuali….
Proton lancar logo, slogan baharu
Proton lancar Saga 2019, harga bermula RM32,800 seunit

Artikel ini disiarkan pada 13/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)