PRN Sabah : Faktor Veveonah bakal perangkap parti semenanjung

PRN Sabah : Faktor Veveonah bakal perangkap parti semenanjung

Pada tahun 2010, seorang rakyat marhain di Tunisia dihalang daripada berjual buah di tepi jalan.

Selain dirampas barang jualan, Boauzizi turut ditampar penuh kehinaan oleh pihak berkuasa.

Di bawah tekanan yang tidak terkawal, penjual buah miskin itu membakar dirinya sendiri.

Kes itu menjadi asbab kebangkitan rakyat, yang menjatuhkan kerajaan Ben Ali di Tunisia.

Pada tahun 1998, empat orang mahasiswa tertembak oleh pihak berkuasa semasa tunjuk perasaan di Jakarta.

Kejadian itu memarak api reformasi, menjadi asbab rakyat Indonesia menjatuhkan kerajaan Soeharto.

Saya teringat kepada dua peristiwa ini apabila melihat reaksi anak2 muda Sabah terhadap isu Veveonah sehari dua ini.

Walau berbeda latar, tetapi kes Veveonah hampir mirip kedua-dua kes di Tunisia dan Indonesia itu.

Pertama beliau golongan marhain yang terhina dengan kata2 orang berpangkat yang memiliki kuasa.

Kedua beliau mahasiswa, yang berjuang dengan segala kepayahan untuk meneruskan pengajian, diperlekeh secara tidak sengaja.

Walaupun Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia telah memohon maaf atas kekhilafan, saya dapati sentimen simpati kepada Veveonah semakin berkembang di Sabah.

Sentimen itu mudah merebak kerana yang membuat kenyataan dianggap menghina itu adalah pemimpin dari Kuala Lumpur (Semenanjung).

Sudah mula ada suara dalam kalangan mahasiswa dan anak muda Sabah untuk menolak parti yang dikaitkan dengan Malaya (Semenanjung) dalam PRN nanti.

Suara2 ini mula berpadu dengan sentimen Sabah for Sabahan yang bermula pada PRU14, masih berkembang sehingga sekarang.

Lebih2 lagi Veveonah daripada etnik Dusun, salah satu kumpulan pengundi terbesar di Sabah dalam kalangan bumiputera Kadazan-Dusun-Murut (KDM).

Jika sentimen ini merebak lebih meluas, tidak mustahil faktor Veveonah ini akan jadi pemboleh ubah penting dalam corak pengundian 26 September nanti.

Menarik untuk diperhatikan bagaimana PN/BN akan mengurus isu ini, serta bagaimana Warisan akan memanipulasi sentimen ini untuk keberuntungan politik mereka.

Sumber :

COMMENTS