PRN Melaka : Perarakan calon tidak dibenarkan esok

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan agar aktiviti perarakan oleh penyokong parti politik bertanding di mana-mana pusat penamaan calon sepanjang tempoh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok tidak dibenarkan.

Memeti laporan Awani, setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak menegaskan hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenarkan memasuki pusat penamaan calon.

Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan media berkata, “Hanya calon, pencadang calon dan penyokong calon dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon.

PRN Melaka : Perarakan calon tidak dibenarkan esok

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata hanya calon, pencadang calon dan penyokong calon dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon.

“Penyokong-penyokong parti politik yang diwakili oleh bakal-bakal calon tidak dibenarkan hadir ke pusat penamaan calon.”

Beliau turut mengingatkan agar calon-calon mengisi dan membuat semakan awal borang pencalonan sebelum diserahkan kepada SPR.

“SPR menyeru kepada bakal-bakal calon yang ingin bertanding dalam PRU DUN Melaka ke-15, agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang tersebut dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum Hari Penamaan Calon. Selain itu bakal-bakal calon juga adalah disarankan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, SPR akan membuka 28 Pusat Penamaan Calon pada Isnin bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi dan calon-calon yang bakal bertanding perlu menyerahkan kertas penamaan calon kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang bertugas.

“SPR berharap agar proses penamaan calon berjalan lancar tanpa apa-apa insiden tidak baik, khususnya yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“SPR menyeru kepada semua calon dan parti- parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada Hari Penamaan Calon,” katanya lagi.

BACA JUGA : Tindakan tidak namakan calon Ketua Menteri bakal rugikan PH
Panas !!! Ketua Pemuda Pas dedah usaha musnahkan parti itu dari dalam

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : PRN Melaka : Perarakan calon tidak dibenarkan esok […]