PRN Melaka : Ini jawapan Dr Noor Hisham

PRN

PRN Melaka : Ini jawapan Dr Noor Hisham.Kementerian Kesihatan akan bersiap sedia untuk keadaan yang paling buruk dalam pilihan raya negeri Melaka.

“Kita bersedia untuk keadaan yang paling teruk,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah ketika menjawab soalan Malaysiakini.

“Seperti di Sabah, kami nasihatkan supaya tiada pilihan raya kerana kita masih belum pulih (daripada kes Covid-19).”

Pilihan raya Melaka mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula awal minggu ini.

DUN Melaka dibubarkan selepas ketua menteri yang hilang majoriti Sulaiman Md Ali menasihatkan pembubaran kepada yang dipertua negeri, dilihat bagi menghalang Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan.

PRN

Kerajaan hilang majoriti selepas bekas ketua menteri Idris Haron dan tiga lagi Adun menarik balik sokongan terhadap Sulaiman dan kerajaan serta dikatakan mahu membentuk kerajaan bersama PH.

Menurut kajian, pilihan raya negeri Sabah menyebabkan kemunculan gelombang ketiga Covid-18.

Dianggarkan hampir 3,000 kes baru disebabkan oleh pilihan raya itu dalam beberapa minggu selepas pengundian tamat.

Ditanya sama ada dia bimbang keadaan di Melaka lebih buruk, Noor Hisham berkata:

“Semasa pilihan raya Sabah, kita ada kes dua angka.

“Sekarang, Melaka rekodkan lebih 200 kes setiap hari.”

Lebih tepat, Melaka mencatatkan purata 259 kews untuk tujuh hari terakhir.

Setakat ini, sebanyak 59,610 kes dicatatkan di negeri itu sejak pandemik melanda tahun lalu.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/594306

BACA: “Minta maaf saya pinjam RM7.85 duit tabung masjid, sudah 3 hari tak makan”

COMMENTS

Wordpress (0)