PRN Melaka : Bilik gerakan PN di Telok Mas ditutup kerana COVID-19, kompaun RM10,000

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengeluarkan notis penutupan premis ke atas Pusat Gerakan Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, berkuat kuasa hari ini hingga 26 Nov.

Mengikut paparan yang dikongsikan kepada Astro AWANI, notis penutupan itu dikeluarkan berikutan terdapat pengesanan kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang berada di premis itu.

PRN Melaka: Bilik Gerakan PN di Telok Mas ditutup kerana COVID-19, dikompaun RM10,000

Notis penutupan dikeluarkan berikutan terdapat pengesanan kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang berada di premis itu. – Astro AWANI

Selain itu, PN juga dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal menyediakan alat pengesan suhu di premis berkenaan, yang merupakan bilik gerakan untuk calon mereka, Datuk Rafiq Naizamohideen.

Sementara itu, satu lagi notis telah dikeluarkan agar pengurusan premis terbabit mengenalpasti kontak rapat kepada kes terbabit, dan menyerahkan senarai itu kepada Pejabat Kesihatan Daerah.

Selain itu, notis terbabit turut mengarahkan PN untuk menyediakan alat pengesan suhu serta mengemas kini maklumat SOP yang dikeluarkan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Sebarang kehadiran atau aktiviti berkaitan parti di premis yang diarahkan tutup, tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran Pengarah Kesihatan Negeri Melaka,” menurut notis itu lagi.

BACA JUGA : Muhyiddin tegaskan beliau yang tubuhkan Bersatu, bukannya Mahathir
Karbon : Lain yang orang pertikai, lain pula yang Tuan Ibrahim jawab

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] PRN Melaka : Bilik gerakan PN di Telok Mas ditutup kerana COVID-19, kompaun RM10,000 […]

  • comment-avatar

    […] PRN Melaka : Bilik gerakan PN di Telok Mas ditutup kerana COVID-19, kompaun RM10,000 […]