PRN : BN Melaka sedia pertimbang kerjasama dengan PN

BN

PRN : BN Melaka sedia pertimbang kerjasama dengan PN.Barisan Nasional (BN) Melaka sedang mempertimbangkan cadangan menjalinkan kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusinya, Abdul Rauf Yusoh, berkata pihaknya beranggapan ia cadangan yang baik dan akan diteliti sebelum dibawa ke peringkat tertinggi parti untuk diperhalusi.

“Kita mengalu-alukan cadangan Pengerusi PN (Melaka), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen semalam, supaya BN dan PN menjalinkan kerjasama politik dalam menghadapi PRN ini.

“Namun, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu dengan kepimimpinan tertinggi di Ibu Pejabat BN untuk diperhalusi. Hasrat itu sangat saya hargai dan saya akan mengangkat perkara ini untuk pertimbangan parti dalam masa terdekat,” katanya memetik laporan Harian Metro.

BN

Semalam, Mohd Rafiq yang juga Ketua Bersatu Melaka dilaporkan bersedia untuk berunding dengan Umno bagi mengelakkan pertembungan kerusi pada PRN.

Malam tadi, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan memaklumkan, Umno masih belum memutuskan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain termasuk PN bagi menghadapi PRN Melaka.

Beliau dilaporkan berkata, Umno Melaka perlu mengemukakan permohonan kepada pucuk pimpinan parti mengenai setiap cadangan kerjasama berkenaan sebelum keputusan rasmi mengenainya dibuat.

Sementara itu, Ab Rauf berkata, pihaknya sudah bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan PRN.

Katanya, BN negeri sudah mengarahkan semua jentera parti untuk melakukan persediaan awal sebelum tarikh pilihan raya diumumkan.

“Kita sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri pada bila-bila masa,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/06/bn-melaka-pertimbang-kerjasama-dengan-pn-kata-abdul-rauf/

BACA: Menteri pertahan pelantikan Danesh Raj sebagai ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya

COMMENTS

Wordpress (0)