Aktivis Politik Parti Amanah Negara sdr Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawan mengakui bahawa PH harus bekerja keras untuk memenangi DUN Rantau. Kita lihat bahawa, Penyokong dan pengundi PAS tidak begitu ramai disana dan kebanyakannya adalah ahli UMNO.Mungkin UMNO tidak sangat bergantung bergantung kepada pengundi PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kerana bilangan ahli PAS yang kecil di kawasan itu.
Beliau yang kini bertugas sebagai Pegawai Khas Kebajikan kepada EXCO Negeri Selangor berkata, walaupun UMNO menghargai PAS kerana komited untuk membantu mereka dalam PRK itu, namun UMNO juga terpaksa bekerja keras jika mahu mempertahankan kerusi DUN berkenaan.
Leman Raja Lawan juga turut mengakui bahawa PH perlu berhati-hati dan bekerja kuat untuk memastikan DUN Rantau itu di tawan semula menjadi milik PAKATAN HARAPAN (PH) kerana ia juga adalah kubu Kuat BN.
“Permehatian saya di DUN Rantau, Jentera PAS walaupon ada tapi tidak sekuat jentera UMNO. Selepas dua kemenangan PRK oleh BN, PAS menyatakan sokongan akan bantu BN di DUN Rantau, tetapi anggota dan penyokong PAS tidak banyak di situ.
Berdasarkan daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), DUN Rantau mempunyai 20,472 pengundi yang mempunyai komposisi 53.43 peratus pengundi Melayu, Cina (18.81 peratus), India (27.01 peratus) dan lain-lain (0.75 peratus).
Leman Raja Lawan juga turut yakin Pakatan Harapan (PH) akan bertanding secara bersih dan adil dalam PRK DUN Rantau tanpa ada provokasi seperti pembangkang.Kita dalam PH sudah dilatih untuk tidak melayan sebarang surat fitnah berantai, Provokasi kepada pihak lawan dan sebagainya .Biar kita menang atau kalah dengan adil .
“ Saya harap (Pembangkang)mereka akan bertanding secara politik matang.
“Apa rakyat pilih itu akan mewakili mereka. Kita tidak perlu melakukan perkara yang dilarang dalam peraturan pilihan raya,” katanya.
Ditanya adakah PH akan memenangi pada PRK pada kali ini “?,Beliau berkata, menang atau kalah bergantung kepada pengundi yang memilih , yang penting kita (PH) masuk bertanding secara demokrasi dan berhemah. Menang atau kalah, yang penting lawan dulu,”katanya.
Sdr Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawan ) merupakan mantan Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik sebelum berhijrah ke Selangor.