PRINSIP ISTI’TOAH Pendekatan Tuntas Masalah Subsidi Rayuan Haji

Antara syarat wajib untuk menunaikan fardu haji ialah berkemampuan/berkuasa (Istito’ah).

Jika tidak cukup syarat-syarat tersebut maka belum jatuh kewajipan haji ke atas seseorang itu maka perlu difahami maksud Istito’ah atau berkemampuan/berkuasa menunaikan ibadat haji perlu difahami dengan jelas kerana ia bukan hanya bermaksud mampu dari segi wang ringgit semata-mata.

Istito’ah atau kemampuan mengerjakan haji meliputi berkuasa atau berkemampuan dari segi kewangan bagi menampung perbelanjaan haji; mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup termasuk nafkah orang di bawah tanggungan yang akan ditinggalkan; mempunyai kenderaan pergi dan balik; aman dalam perjalanan; kesihatan yang baik, masa melaksanakan ibadat haji dan terpilih dalam kuota haji serta mempunyai mahram bagi kaum wanita.

Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 97 yang bermaksud:-

“Dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya.

Pada sidang media YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 14 Fen 2019 mengumumkan bahawa Bayaran Haji untuk Jemaah Haji Muassasah yang tunai haji kali pertama semasa 2019M/1440H adalah kekal tiada peningkatan pada RM9,980 seorang dengan pemberian subsidi kerajaan sebanyak RM12,920.

Subsidi haji ditanggung oleh Tabung Haji bagi seorang Jemaah Haji Muassasah kali pertama ialah sebanyak RM12,920 kekal iaitu 56 peratus daripada kos haji.

Susulan peningkatan kos haji tahun ini kepada RM22,900 seorang (2%), berbanding RM22,450 pada musim lalu, kerajaan mengambil keputusan untuk terus memberikan subsidi meskipun menghadapi cabaran dan halangan prestasi kewangan TH semasa.

Bagi kes rayuan haji tahun ini, pihak TH akan meneliti setiap permohonan rayuan yang diterima dipertimbangkan Tabung Haji mengikut kriteria dan syarat-syarat ditetapkan berdasarkan prinsip istito’ah.

Bagi menjaga kebajikan serta keselesaan jemaah haji, pelbagai kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh Tabung Haji di tanah suci dan tanah air akan terus ditambah baik tanpa sebarang bayaran tambahan seperti perkhidmatan kaunter kewangan, rawatan kesihatan, kaunseling, bimbingan, pasukan peronda dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan.

Pada masa ini seramai 3.2 juta pendeposit telah mendaftar menunaikan haji dan masa menunggu giliran menunaikan haji telah menjangkau 117 tahun.

Bagi tujuan ini, TH akan mengkaji semula mekanisme terbaik untuk meminimakan tempoh menunggu haji dengan pihak yang berkenaan sebelum suatu keputusan polisi baharu diputuskan selepas berbincang dengan pemegang taruh dan perbincangan serta kajian tersebut dimuktamadkan.

Isu : Bagaimana memenuhi prinsip istitoah

Secara syariat ibadah haji merupakan salah satu kewajiban dalam Islam yang WAJIB dikerjakan oleh setiap Muslim yang mampu, sekali dalam hidup.

Al-Quran menegaskan, “Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadah) manusia, ialah Baitullah yang berada di Bakkah (Mekah), yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. Di dalam rumah itu terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqâm Ibrahim; barang siapa memasukinya (Baitullah itu), maka ia akan menjadi aman; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; barang siapa mengingkari (kewajiban haji) , maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Q.S. Ali Imran : 96-97)

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda, “Islam dibangun atas lima dasar, bersaksi bahwa tidak ada tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah rasulullah, mendirikan salat, menunaikan zakat, puasa ramadhan, dan haji ke baitullah.”

Ibnu Abbas meriwayatkan bahwa Rasulullah saw berkhutbah, “Wahai manusia, telah diwajibkan haji atas kamu.” Seorang bernama al-Aqra ibn Habis bertanya, “Apakah setiap tahun ya Rasulullah?” Maka beliau menjawab, “Seandainya aku mengiyakan, niscaya diwajibkan atas kamu. Dan seandainya benar-benar diwajibkan (setiap tahunnya), niscaya kamu tidak akan mampu melaksanakannya. Kewajiban haji itu hanya satu kali saja (sepanjang hidup). Dan barangsiapa menambah, maka yang demikian itu adalah tathawwu’ (kesukarelaan)” (H.R. Ahmad)

Haji menjadi wajib atas seorang yang memenuhi syarat-syarat berikut : muslim (beragama Islam), baligh (dewasa), berakal (tidak gila), merdeka (bukan budak), dan memiliki kemampuan (istito’ah). Dalam hal ini perlu diketahui maksud istito’ah sebagai syarat wajib haji, meliputi tiga perkara:

Kemampuan fizikal melakukan perjalanan menuju Mekah dan mengerjakan kewajipan haji.

Seseorang yang tidak memiliki kemampuan fizikal usia lanjut atau penyakit tidak sembuh-sembuh, sedangkan ia mempunyai cukup harta untuk pergi haji, maka tidak WAJIB haji ke atasnya.

Perjalanan yang aman bagi jiwa dan harta ketika pergi dan pulang. Seandainya terdapat kekhuatiran bahaya di jalan seperti rompakan dan keselamatan atau wabak penyakit, maka tidak WAJIB haji baginya.

Memiliki cukup harta untuk keperluan makanan dan kenderaan untuk dirinya sendiri selama dalam perjalanan dan berada di sana, untuk keluarga ditinggalkan,

Pada masa ini seramai 3.2 juta pendeposit telah mendaftar menunaikan haji dan masa menunggu giliran menunaikan haji telah menjangkau 117 tahun.

Keadaan ini sudah tentu memerlukan satu perancangan khusus dan rapi serta pelan yang strategik pihak berkuasa menguruskan urusan haji di Malaysia seperti Tabung Haji (TH) untuk melihat apa yang perlu diadakan bagi meminimakan tempoh menunggu bagi pendaftaran haji ini.

Pelan strategik ini berkait dengan prinsip istito’ah dan mekanisme tuntas bagi mengatasinya.

TH sudah pasti melihat dan mengkaji secara mendalam permasalahan ini dengan melihat beberapa solusi sebagai menggunapakai pendekatan mengurangkan risiko kewangan TH dan pada masa sama menimbangkan untuk terus memastikan pendeposit, bakal jamaah yang benar layak mendapat manfaat dari subsidi yang disediakan TH yang kita difahamkan lebih 306j disediakan TH untuk musim haji tahun ini disamping kos tambahan lain sekitar 64j untuk.operasi haji.

Kita sedia maklum prestasi kewangan tenat selepas ditinggalkan regim Kerajaan terdahulu di mana TH dipaksa dan terpaksa mengumumkan Hibah bercanggah dengan Aktanya meskipun nilai liabiliti melebihi nilai aset dan keuntungan semasa TH pada tahun kewangan berkenaan.

Langkah kerajaan membantu TH dengan melantik SPV mengambil alih aset TH yang tidak mendatangkan keuntungan sebagai langkah yang praktikal untuk bail out TH dari kepungan ketenatan kewangannya.

TH dilaporkan dalam audit luar Pricewaterhouse Coopers (PWC) :

Aset TH susut 4 Billion

Tabung Haji mengalami defisit RM4.1bilion, berdasarkan laporan kewangan TH pada 2017.

Jumlah aset keseluruhan TH ialah sebanyak RM70.3 bilion. Manakala jumlah liabilitinya mencatatkan RM74.4 bilion.

Selepas Pakatan Harapan ambil alih (kerajaan), kita telah lakukan tindakan segera lantik ahli lembaga pengarah yang baru. Ini hasrat untuk memulakan usaha pemulihan TH.

Pihak pengurusan (baru) merasakan ada yang tak betul berlaku, (pada laporan kewangan), maka mereka ambil inisiatif dengan melantik syarikat juruaudit bebas Pricewaterhouse Coopers (PWC).

Sebagai institusi yang menjaga deposit terbesar umat Islam Malaysia dan pengurus urusan haji contoh terbaik dunia, Kerajaam sudah pasti sebagai penjamin memastikan ia kembali ke trek asal kewangannya sepertimana kegemilangannya dahulu,dalam pada masa sama tanggungjawab kepada rakyat dan bakal jamaah haji dapat dipastikan diberikan yang terbaik dan berkesan

Bagi tujuan ini, TH akan mengkaji semula mekanisme terbaik untuk meminimakan tempoh menunggu haji dengan pihak yang berkenaan sebelum suatu keputusan polisi baharu diputuskan selepas berbincang dengan pemegang taruh dan perbincangan serta kajian tersebut dimuktamadkan.

Isu : Kes Rayuan Apakah Dianggap Memotong Giliran

Sebagaimana diterangkan di atas bahawa tempoh menunggu haji sekarang sudah mencecah 117 tahun bagi seorang yang mendaftar haji di TH

Keadaan ini sudah tentu berdasarkan prinsip ‘first come first basis’

TH akan merekod di pengkalan data tidak kira siapa yang mendaftar miskin atau kaya, orang kenamaan atau rakyat biasa, orang bandar atau desa semuanya tertakluk kepada tempoh menunggu yang sudah ditetapkan.

Jadi, jika berlaku kes Rayuan Haji apakah ia boleh dianggap POTONG GILIRAN dan MENGAMBIL HAK ORANG LAIN.

Potong giliran orang lain untuk menunaikan haji adalah perbuatan yang zalim.

Ia juga sama seperti mengambil hak orang lain tanpa reda dan perbuatan seperti itu salah di sisi agama, kata Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Universiti Malaya, Ustaz Roslan Mohamed.

Menurut beliau, mereka yang sudah mendaftar untuk menunaikan fardu haji seharusnya bersabar dan berlapang dada menunggu giliran.

“Perlu tunggu sampai tiba giliran kita. Kalau kita potong giliran, akan menyebabkan hak orang lain terabai. Perbuatan itu salah di sisi agama,” katanya.

“Bagi jemaah yang sudah mendaftar, mereka perlu bersabar, jangan kerana ada kelebihan mengenali pegawai atau orang kenamaan yang boleh menyegerakan haji, sikap toleransi diketepikan,” katanya.

Roslan mengingatkan, dalam menunaikan ibadah, ALLAH tidak akan menyusahkan hamba-Nya yang berniat baik terutama mereka yang mahu menunaikan fardu haji.

“Apabila telah ada niat, ALLAH sebenarnya telah memberikan ganjaran. Niat itu penting,” katanya.

Pendakwah terkenal, Muhammad Abdullah pula menyifatkan memotong giliran menunaikan haji sebagai menzalimi orang lain.

“Namun sekiranya pergi atas kuota tambahan yang disediakan ia tiada masalah, sebab tak ambil tempat orang lain. Sebaiknya sesiapa yang sudah mendaftar dalam giliran dipanggil menunaikan haji, bersabarlah jika giliran mereka masih lama,” katanya.

Tabung Haji (TH) tidak pernah memberi keistimewaan kepada mana-mana individu untuk melangkau giliran bagi menunaikan haji.

Mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika berita ini dipetik tahun 2017 Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagi memastikan proses giliran secara telus, TH turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya tiada istilah kuota menteri atau timbalan menteri atau sesiapa sahaja bagi mendapatkan giliran dengan  melangkaui giliran untuk menunaikan haji.

“Tidak ada istilah kuota menteri atau timbalan menteri kerana Tabung Haji sentiasa memastikan proses ini dijalankan secara telus dan dipantau secara terus oleh SPRM sendiri.

“Jadi tidak timbul isu (seperti yang) dimainkan di media sosial seolah-olah ada pilih kasih atau keistimewaan tertentu diberikan pihak tertentu. Itu tidak betul,” ujar beliau.

Beliau juga turut menyangkal dakwaan TH memberikan keistimewaan atau laluan kepada pelakon, Neelofa untuk menunaikan haji selepas sebulan mendaftar.

Sebaliknya kelulusan visa tersebut diberikan oleh syarikat swasta dan bukannya melalui TH.

Dr Asyraf Wajdi seterusnya berkata, 76,000 rayuan dibuat oleh pendaftar TH untuk menunaikan haji tahun ini (2017) namun kekosongan yang ada hanyalah 3,695.

Ini adalah sebagian dari petikan pandangan berkaitan isu potong giliran jamaah haji lain melibatkan kes RAYUAN Haji.

Maka, seharusnya TH atas tindakan rasional memikirkan sesuatu mekanisme terbaik untuk mengekang supaya insiden ini tidak berulang dan antara yang mungkin difikirkan munasabah ialah mengkaji semula subsidi haji kepada kes RAYUAN Haji supaya bakal jamaah Haji melihat ia bukannya satu kesistimewaan tetapi memikirkan ia suatu keadaan dimana kita mengambil tempat dan hak bakal jamaah haji yang lain yang mana ia termasuk dalam keadaan kita menzalimi hak orang lain.

MOHD. FIKRI ABD. RAHMAN
16 FEB 2019
ALOR SETAR