Presiden Turkmenistan mahu tutup ‘Mulut Neraka’ buat selama-lamanya

Presiden Turkmenistan mahu tutup ‘Mulut Neraka’ buat selama-lamanya.Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov mengumumkan dia mahu menutup kawah api yang dikenali sebagai ‘Mulut Neraka’ buat selama-lamanya.

Difahamkan, beliau telah mengarahkan para menteri untuk mencari pakar yang boleh memadamkan api dan menutup kawah gergasi yang terbakar itu.

 

Kawah berapi tersebut berkeluasan 70 meter lebar, dan telah terbakar selama 50 tahun semenjak dari 1971 lagi. Difahamkan juga, api dari kawah ini boleh dilihat meskipun dari jarak jauh.

Presiden Turkmenistan mahu tutup 'Mulut Neraka' buat selama-lamanya

Kawah berapi yang dikenali sebagai ‘Mulut Neraka’ ini turut diberi gelaran sebagai ‘Pagar Neraka’ oleh penduduk di situ. Ia terletak di gurun Karakum, 257 kilometer dari ibu kota Ashgabat.

2 8
Sebelum ini, mereka pernah cuba memadam api tersebut kerana risau akan kesihatan penduduk berdekatan dan nyawa haiwan ternakan. Namun, api tersebut masih lagi menyala sehingga ke hari ini.

BACA JUGA : Tular dirinya bakal digugurkan dari kabinet, akhirnya Rina bersuara
[VIDEO] Netizen viralkan video polis trafik ‘tumbuk’ penunggang motosikal
Hospital Amerika berjaya pindah jantung babi kepada manusia