Presiden PAS tolak MN, ‘Nak suruh PAS bersama Umno sahaja tak boleh’

PAS menolak gagasan Muafakat Nasional (MN) kerana Umno tidak mengikut piagam yang dipersetujui ketika kerjasama dua parti itu dibentuk.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan piagam MN, dua parti itu sedia menerima parti lain, termasuk Bersatu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau dipetik Utusan Malaysia berkata, malangnya apabila sampai peringkat pelaksanaan, kepimpinan Umno hanya mahu parti itu dan PAS dalam MN.

Presiden PAS tolak MN, ‘Nak suruh PAS bersama Umno sahaja tak boleh’

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa Umno tidak mengikut piagam yang dipersetujui ketika kerjasama dua parti itu dibentuk.

“Bermakna ini sudah lari daripada perjanjian, ini tak betul sedangkan kita berpegang pada perjanjian. Umno mahu PAS dan parti mereka sahaja dalam MN.

“Umno tak boleh mengarahkan PAS kerana PAS parti tersendiri. Nak suruh PAS dengan Umno sahaja (dalam MN) tak boleh, sebab kita dah berjanji dengan parti-parti lain, kita sudah tetapkan tarikh nak berjumpa dengan Bersatu dan parti lain, bahkan nak terima Bersatu masuk MN.

“PAS terbuka, tetapi malangnya dia (pimpinan Umno) nak PAS dengan Umno sahaja, jadi tak bolehlah, PAS tak boleh diarah, PAS parti tersendiri, PAS bukan di bawah BN (Barisan Nasional),” katanya.

BACA JUGA : Ahli Parlimen Singapura letak jawatan kerana didapati berbohong
Senjata ala “Terminator” bakal lenyapkan umat manusia

Artikel ini disiarkan pada 04/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)