Presiden Pas sahkan Pas tidak bertanding, jadi tukang kempen parti lain sahaja

PAS mengambil pendirian untuk memberi laluan kepada sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Sabah, bagi mengelakkan pertembungan dengan calon parti sekutunya.

Perkara itu dinyatakan presidennya Abdul Hadi Awang, berhubung ketiadaan calon daripada parti itu dalam pilihan raya kali ini.

“PAS menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di keseluruhan 73 kerusi dalam PRN Sabah setelah usaha rundingan dimuktamadkan.

“Dalam hal ini, PAS mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada rakan-rakan bagi memastikan pertandingan dua penjuru dapat diserlahkan dalam PRN Sabah, demi memelihara permuafakatan yang terjalin serta mengambil kira implikasi politik di masa mendatang,” katanya dalam kenyataan.

Pada PRN ini, kata Hadi, jentera PAS akan digerakkan mengikut keperluan setempat.

PAS tidak diperuntukkan sebarang kerusi oleh PN mahupun BN, serta tidak diundang dalam majlis pengumuman calonnya.

Sebelum ini, parti itu menyuarakan hasrat untuk bertanding di 10 kerusi serta sedia menggunakan lambang BN atau PN.

Secara keseluruhan, BN akan bertanding di sekurang-kurangnya 36 kerusi, manakala PN pula di 28 kerusi.

Zuhdi: PAS tetap ‘bertanding’

Hadi berkata keutamaan PAS adalah terhadap persiapan untuk menghadapi PRU15 yang dijangka dalam masa terdekat, di samping terus komited untuk mengukuhkan kerjasama dalam PN dan juga Muafakat Nasional.

Sementara itu, Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Zuhdi Marzuki berpandangan parti itu tetap “bertanding” dalam PRN Sabah walau tiada calon daripada mereka.

“Memang sedih jika PAS tidak diberi laluan bertanding…Sama ada PAS diberikan kerusi atau tidak, PAS akan tetap bertanding.

“Calon-calon yang dihantar oleh Umno, Bersatu dan rakan-rakan yang lain atas nama maslahah ummah sebenarnya adalah turut mewakili PAS,” katanya sambil memberi komitmen bahawa jentera parti itu akan turut membantu dalam kempen yang akan bermula esok.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/542228

COMMENTS

Wordpress (0)