▶ Saya terbaca kenyataan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) diterbitkan Hadakahdaily bertarikh 14/2/2019 bertajuk “Ijazahnya ada, Akalnya Kerdil”
www.harakahdaily.net/index.php/kolumnis/presiden/9724-ijazahnya-ada-akalnya-kerdil
▶ Saya kemudiannya merujuk kepada kandungan kenyataan tersebut di perenggan pertama berbunyi :
“SAYA ditunjukkan kenyataan seorang menteri yang dikatakan berijazah tinggi yang dibanggakannya dan menegaskan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. juga tiada ijazah. Kenyataannya boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud yang tersurat dan tersirat. Cumanya sangat malang dan sesat lagi menyesatkan, kalau dibandingkan mereka yang didakwa tidak berijazah itu dengan Nabi Muhammad S.A.W. yang dikatakan tidak berijazah”
▶ Saya berpandangan bahawa kenyataan ini diterbitkan Harakahdaily secara salah dan cuai memetik sumber berita tidak benar, telah dinafikan YB Menteri Agama tidak pernah pada sebarang masa yang material mengeluarkan kenyataan berkenaan dalam page YB Menteri pada 10/2/2019.
▶ Kenyataan yang diterbitkan ini datang dari :
➡ 1. Memetik kenyataan fitnah tidak diucap YB Menteri Agama dengan memfitnah beliau berkata Nabi Muhammad SAW tidak mempunyai sijil.
➡ 2. Cuai dan secara salah memetik sumber tidak benar dan mengaitkan kenyataan fitnah tersebut dengan menteri yang ingin ditujukan.
▶ Secara asas dalam Undang-undang, kenyataan dipetik atau dikeluarkan diambil dari sumber fitnah atau tidak benar, adalah suatu bentuk kenyataan fitnah dibuat tanpa privilege.
▶ Kenyataan itu bakal mengundang tohmahan dan prasangka jahat pembaca kepada Menteri berkenaan sedangkan hakikatnya kenyataan tersebut dipetik dari sumber tidak benar dan fitnah.
▶ Apabila memetik sumber berita dari sumber tidak benar atau fitnah secara cuai,ia mengundang berita fitnah, persepsi negatif dan buruk.
▶ Salah satu elemen dalam Defamation Lawsuit (Tindakan Saman Fitnah)
Falsity – Defamation law will only consider statements defamatory if they are, in fact, false. A true statement is not considered defamation. Additionally, because of their nature, statements of opinion are not considered false because they are subjective to the speaker.
▶ Kebanjiran kenyataan dan komen fitnah di media sosial
Social Media and Defamation Law
Due to social media, it’s now easier than ever to make a defamatory statement. That’s because social media services like Twitter and Facebook allow you to instantly “publish” a statement that can reach millions of people. Whether it’s a disparaging blog post, Facebook status update, or YouTube video, online defamation is treated the same way as more traditional forms, meaning that you can be sued for any defamatory statements you post online.
Dalam kes J’ Anson v Steward [1781] 1 TR 478 mahkamah memutuskan:
Kenyataan fitnah adalah merujuk kepada claimant biarpun namanya tidak disebut khusus. Ini kerana terdapat ciri-ciri kukuh merujuk kepada claimant dalam kenyataan fitnah tersebut.
Mahkamah menambah kenyataan itu jika dibaca orang lain pastinya merasakan kenyataan itu dirujuk kepada claimant.
▶ Nasihat saya kepada netizen di luar sana berhati-hati dalam sebarang posting atau berkongsi kenyataan di media sosial dan pastikan ia datang dari sumber yang benar dan sahih
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang faasiq datang kepada kalian dengan membawa suatu berita penting, maka tabayyunlah (telitilah dulu), agar jangan sampai kalian menimpakan suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar kebodohan, kemudian akhirnya kalian menjadi menyesal atas perlakuan kalian.
[al-Hujurât/49:6].