Presiden Amerika umum tak perlu pakai pelitup muka selepas divaksin

Presiden Amerika umum tak perlu pakai pelitup muka selepas divaksin

Presiden Joe Biden umum golongan yang sudah divaksin tidak lagi perlu memakai pelitup muka ketika menjalankan aktiviti di kawasan terbuka.

Pengumuman Biden menyusul pengumuman sama oleh pihak berkuasa kesihatan negara itu.

Dalam erti kata lain, pengumuman Biden ini diharap menjadi kaedah memujuk lebih ramai rakyatnya mendapatkan suntikan vaksin.

“Awal hari ini, CDC (Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit) membuat pengumuman penting. Bermula hari ini, jika anda sudah divaksin dan mahu melakukan aktiviti di luar, dan bukan kalangan orang ramai, anda tidak perlu lagi memakai pelitup muka.

“Tetapi sekiranya anda berada dalam kalangan orang ramai, di dalam stadium, persidangan atau konsert, anda masih perlu memakainya.

“Bermula hari ini, perhimpunan dalam kalangan rakan di taman, berkelah, adalah dibenarkan tanpa pelitup muka sekiranya anda sudah divaksin,” kata Biden.

Bagaimanapun pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di kawasan sesak.

Perubahan polisi ini diumum selepas hampir separuh daripada golongan dewasa sudah mendapat satu dos suntikan vaksin.

Sejumlah satu per tiga penduduknya juga sudah mendapat vaksin penuh.

Sebelum ini, CDC menyarankan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal enam kaki.

Sementara itu, Biden memaklumkan garis panduan mengenai pelitup muka bermakna AS kini semakin hampir memenuhi sasaran untuk menangani COVID-19 menjelang 4 Julai.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-dunia/sudah-divaksin-tidak-perlu-lagi-pakai-pelitup-muka-joe-biden-295409